klik atas nuffnang

Tuesday, February 5, 2013

Apa itu Metastasis Tulang ?

SEMAKIN hari kesakitan tulang belakang Daud (bukan nama sebenar) semakin mengganggu aktiviti hariannya terutama semasa memandu dan tidur. Rasanya sangat sakit khususnya di bahagian sisi paha hingga ke belakang sampaikan dia pernah tak tidur selama sebulan. Tidak tahan dengan kesakitan, akhirnya Daud menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Hasil diagnosis yang dilakukan cukup mengejutkan. Kesakitan yang dianggapnya kecil rupa-rupanya hampir meragut keupayaannya untuk berjalan. Dia disahkan menghidap kanser paru-paru dan sudah mengalami tahap metastasis tulang. 

Apakah yang dimaksudkan dengan metastasis tulang?

Metastasis tulang berlaku kepada lebih 1.5 juta penghidap kanser di seluruh dunia dan biasanya dikaitkan dengan kanser prostat, paru-paru dan payu dara dengan kadar insiden setinggi 90 peratus.

Lebih kurang 50 hingga 70 peratus penghidap kanser dengan metastasis tulang akan mengalami pemadatan tulang belakang dan sakit teruk pada tulang sehingga mungkin memerlukan pembedahan atau radiasi yang dikenali sebagai keadaan berkaitan rangka (SRE).

Keadaan tersebut boleh mengganggu kehidupan pesakit dan menyebabkan ketidakupayaan dan kesakitan.

Tujuan utama rawatan metastasis tulang adalah untuk menghalang SRE yang boleh melemahkan dan melibatkan kos lain yang boleh menjejaskan kehidupan penghidap barah.

Selain itu, rawatan penting untuk menghalang ketidakupayaan melakukan aktiviti harian.


Melambatkan kesakitan
Menurut Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), Dr. Ahmad Kamal, keadaan berkaitan rangka yang dikaitkan dengan metastasis tulang sebenarnya mampu memusnahkan dan menyakitkan penghidap kanser.

"Kelulusan untuk menggunakan denosumab pada hari ini menandakan satu kemajuan perubatan yang besar. Dalam kajian klinikal, denosumab menunjukkan perlindungan yang diperolehi untuk menghalang SRE serta melambatkan kesakitan. Faktor-faktor ini memberi perbezaan sebenar ke atas kehidupan penghidap barah peringkat parah," katanya pada majlis pelancaran ubat XGEVA® (denosumab).

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) telah meluluskan denosumab pada 28 Jun 2012.

Pengerusi Bahagian Urologi dan Profesor Fisiologi Universiti Catholique De Louvain (UCL), Brussels, Belgium, Profesor Bertrand Tombal memberitahu, dalam kajian klinikal SRE, denosumab menunjukkan penambahbaikan untuk menghalang SRE menyerang pesakit kanser.

"Dengan adanya denosumab sebagai pilihan rawatan baru akan memberi perbezaan sebenar kepada kehidupan harian pesakit yang terjejas akibat metastasis tulang," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh