klik atas nuffnang

Sunday, January 27, 2013

Baik Pulih Vagina / Mahkota Anda

FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur organ di tubuh termasuk kepada vagina.

Hilangnya kebolehan dan kelembapan tisu-tisu pada alat sulit menyebabkan pengurangan minyak pelincir di vagina meningkatkan rasa ketidakselesaan, kegatalan, kekeringan, rasa berat dan kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Ini berikutan, keadaan vagina yang berkurangan dari segi kolagen serat, kurangnya kebolehan untuk menganjal dan kekurangan mukosa menjadikan vaskular semakin sempit dan tidak memberikan kemutan dengan sempurna terutamanya bagi wanita yang sudah mengalami menopaus.

Lazimnya, golongan wanita hanya memberatkan mengenai faktor kecantikan luaran dengan mengunjungi pakar-pakar kecantikan namun keberatan untuk mengunjungi doktor untuk mendapatkan nasihat apabila ada yang didapati tidak kena dengan alat sulit mereka.

Menurut Pakar Kecantikan dan Kesihatan Aestetik, Dr. N. Sutina Nordin, golongan wanita hanya bertemu dengan doktor sekiranya mereka mengandung, bersalin atau sakit ketika datang bulan.

Selain daripada masalah-masalah ini, mereka agak keberatan untuk mendapatkan perkhidmatan pakar atau doktor biarpun mereka mempunyai masalah di bahagian alat kelamin.

"Akhirnya mereka menderita dalam senyap sehinggalah sekiranya apabila suami mereka berkata sesuatu mengenai perhubungan intim, mereka takut tidak dapat memberikan sesuatu yang diperlukan suami ketika menjalankan tugas sebagai isteri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, En-hanze Medical Aesthetics Centre di Seksyen 16, Jalan Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Tegasnya, jangan menyangka, masalah alat sulit hanya dialami oleh golongan wanita yang sudah berumur sahaja, sebenarnya terdapat di kalangan remaja juga yang mengalami masalah ini.

Antaranya ialah 'bibir' vagina berlebihan yang memerlukan rawatan labioplasty.

Menurutnya, dahulu ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah alat sulit mendapatkan kaedah pembedahan untuk membentuk vagina, mencantikkan dan mengetatkan alat sulit mereka.

Namun, pastinya kaedah membaik pulih secara pembedahan itu memerlukan kos yang tinggi, mendatangkan risiko kesakitan, rawatan yang agak lama dan sebagainya.

Menurut N. Sutina lagi, kini terdapat kaedah yang lebih menarik dan cepat tanpa mendatangkan kesakitan tetapi berkesan untuk membaik pulih vagina.

"Alat yang dimaksudkan ialah V2LR iaitu Vulva-Vaginal Laser Reshaping dengan menggunakan teknologi laser yang digunakan untuk merawat, membaiki dan mencantikkan serta mengembalikan fungsi vagina yang semakin kurang keanjalannya akibat faktor kelahiran anak dan menopaus.

"V2LR merupakan teknologi bukan invasif yang membantu memulihkan atrophy vagina atau faktor yang menyebabkan vagina kering, mengetatkannya, labiaplasty, mengembalikan semula warna dan tekstur pada labia majora dan kulit bahagian dalam berdekatan alat kelamin anda," katanya.

Jelasnya, kaedah ini juga ternyata berkesan dan selamat serta merupakan satu kaedah alternatif untuk menggantikan hormon terapi bagi mereka yang menopaus dan ia juga satu kaedah tradisi membaiki alat kelamin secara khusus.

Kaedah ini tidak memerlukan masa yang lama, hanya 30 minit dan mereka yang melakukannya tidak akan merasai sebarang perubahan dan kesakitan pada alat kelamin, malah dapat mencantikkan dan mengubah fungsinya menjadi lebih 'muda'

"Apa yang hendak ditekankan di sini ialah V2LR ini digunakan untuk membaikpulih bahagian vagina golongan wanita dan bukannya bahagian yang memerlukan rawatan pembedahan ataupun bahagian peranakan yang jatuh," katanya.

Tegasnya, cara menggunakan alat V2LR ini menerusi pancaran laser yang baharu dan eksklusif digelar Teknologi PSD (Pulse Shape Design) yang terbaik untuk membaiki keadaan tisu vulva dan vagina melalui sistem pengesan HiScan V2LR secara selamat dan selesa.

"Smartxide V2LR dapat membentuk semula mukosa secara berkala dan merangsang kolagen baharu serta hormon dan membantu mengekalkan keadaan vagina yang berkeadaan normal khususnya bagi wanita yang sudah menopaus.

"Satu alat yang dipanggil HiScanV2LR akan dimasukkan ke dalam vagina untuk satu tempoh tertentu sepanjang rawatan berkenaan," katanya yang memberitahu untuk sebarang pertanyaan mengenai kaedah ini boleh hubungi talian 03-7960 1788.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang