klik atas nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

Lempoyang cegah kanser


Nama Tempatan:Lempoyang gajah
Nama Saintifik:Zingiber zerumbet
Nama Lain:Zingeber zerumbet,pinecone ginger,shampoo ginger, Awapuhi kuahiwi (Hawaii)
Famili:Zingiberaceae

Lempoyang biasa tumbuh liar dikawasn semak samun. ianya dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan/liar.Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah dan tercacak seperti bunga kantan.Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun

Kegunaan:

Untuk membersihkan kulit muka isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut. ianya kemudianya direbus bersama air , ditapis dan diminum airnya untuk mencantikkan kulit.Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu. selain itu isi lempoyang juga boleh digunakan untuk menambah selera makan.selain itu ia juga biasa digunakan untuk mengubat disentri.
1. Kurang selera
2. Sesak nafas
3. Bau badan
4. Gaut


KUALA LUMPUR 18 Jan. - Lempoyang iaitu sejenis herba tempatan mampu mencegah dan merawat kanser pangkal rahim apabila hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati bahan semulajadi itu berjaya menghalang perkembangan kanser di dalam tubuh wanita.
Penyelidik Institusi Biosains (IBS) UPM, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, keputusan ujian makmal UPM mendapati herba itu bertindak balas terhadap sel-sel kanser tanpa mengganggu sel dan tisu normal yang lain.
Katanya, bahan semulajadi itu boleh diproses sebagai produk perubatan herba dan ia juga selamat digunakan pada dos yang tinggi dan akan dikomersialkan dalam bentuk douches dan suppositori.
''Kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua paling berbahaya bagi golongan wanita selepas kanser payu dara. Ubat herba ini jelas menunjukkan bahawa tumbuhan herba tempatan mampu mencegah dan merawat penyakit ini.
''Ia boleh digandingkan dengan rawatan antikanser secara kemoterapi dan mampu mengurangkan pemilihan ubat sintetik untuk rawatan kanser," katanya ketika berucap pada majlis mempromosi hasil penyelidikan UPM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi (P&I), Prof. Dr. Saleh Jaafar dan Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pusat Pengurusan Kajian UPM, Prof. Dr. Samsilah Roslan.
Jelas Ahmad Bustamam, kos pemprosesan bahan semulajadi itu tidak mahal dan beliau memberi jaminan bahawa harganya adalah murah jika dibandingkan dengan ubat sintetik.
''Produk ini merupakan bahan semulajadi yang diekstrak daripada tumbuhan herba tempatan. Sememangnya ia lebih murah kerana bahan semulajadi ini mudah dikomersialkan dan peraturan mengenainya lebih longgar serta fleksibel berbanding ubat sintetik," katanya.
Menurutnya, douches merupakan bahan untuk mencuci bahagian pangkal rahim manakala suppositori digunakan dengan cara memasukkan ubat herba (pepejal) ke dalam faraj yang kemudiannya akan larut dengan sendirinya.
Sementara itu Salleh berkata, bahan semulajadi itu kini berada di peringkat terakhir pembangunan produk.
''Saya harap syarikat farmaseutikal tempatan mengambil peluang ini untuk memasarkan bahan semulajadi ini sebagai produk anti kanser di pasaran global.
''Selain itu, saya juga mahu semua syarikat farmaseutikal memanfaatkan produk ini dengan sebaik mungkin tanpa perlu memikirkan keuntungan semata-mata," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang