Amat mengkagumkan sekiranya anda sedar perkara yang kecil mampu menjadikan sesuatu perbezaan yang besar.
Misalnya, pada tahun 1979, pakar psikologi Universiti Washington, Andy Meltzoff terkesima dan kagum apabila bayi yang baru dilahirkan 42 minit memberi tindak balas dengan perlahan-lahan melancarkan bahasanya sendiri.
Pengalaman yang berulang-ulang ini menunjukkan bayi memiliki keistimewaan untuk mempelajari sesuatu perkara dengan cepat," tambah Dr. Medina.
Beliau berkata demikian pada seminar Brain Rules Asia yang dianjurkan oleh LN LearningHub Asia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam seminar berkenaan beliau turut menjelaskan tentang hubungan antara remaja, perkembangan minda, prestasi akademik dan strategi pembelajaran.
Katanya, kanak-kanak dan remaja hari ini mengharapkan sesuatu yang segar, baik daripada segi akademik dan pengetahuan teknologi maklumat.
Remaja hari ini inginkan prestasi yang baik dan mengekalkan kehidupan sosial yang selaras dengan perkembangan teknologi.
Ini menjadikan mereka semakin terdedah kepada hipertensi mengikut berdasarkan aliran sosial yang dilakukan," katanya.
Dr. Medina juga turut berbicara mengenai tekanan yang dihadapi remaja termasuk aspek kesihatan mereka pada seminar itu.
Ia termasuk cara membantu menangani tekanan remaja iaitudengan ibu bapa dan masyarakat harus bijak mendekati golongan itu dan memahami situasi mereka.
Berikan apa yang mereka suka dan jangan halang kehendak dan minat anak-anak. Sokonglah apa yang mereka mahu lakukan.
Ibu bapa jangan bertindak terlalu agresif dan melulu dengan anak-anak kerana pada tahap ini mereka cepat memberontak.
Golongan dewasa terutama ibu bapa perlu mengambil berat tentang anak-anak mereka dan bijak menilai golongan ini," katanya.
Bagi ibu bapa pula katanya, program itu diharapkan mampu memberi perubahan positif dalam mendidik remaja.
Seminar seperti itu membawa transformasi positif terhadap tabiat dan amalan ibu bapa, pendidik dan remaja.
Saranan Keluarga Avail : I-KIDS
No comments:
Post a Comment