Antara hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri adalah lebih kurang 450-500 kalori sepinggan dan belum lagi ditambah lauk-pauk yang lain, sekaligus menjadikan pengambilan kolesterol bertambah menjadi 1000 kalori sepinggan.
Kemudian roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu. Seperti sedia tahu, ia juga mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan bagi menghilangkan kalori itu adalah ibarat berlari dalam tempoh 90 minit. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana sepinggan nasi sahaja sudah mengandungi 630 kalori di dalamnya belum lagi ditambah dengan lauk yang lain.
Ais krim juga menggemukkan walaupun ianya kecil dan nampak seperti tidak menggemukkan tapi hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu dua skop ais krim mengandungi 350 kalori.
Selain itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga mampu menjejaskan kesihatan kita kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Cuba tukar cara masakan anda dengan merebus ataupun bakar kerana ini mampu megurangkan kandungan lemak dan minyak yang terkandung dalam makanan tersebut.
Selain itu, susu pekat manis, roti manis dan donat serta mayonis turut tersenarai mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita bijak dan tahu mengawal kuantiti pengambilannya.
Sama ada kurang kuantiti yang diambil atau tidak makan langsung makanan itu, apa yang penting adalah mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori setiap makanan yang diambil.
Nasi lemak, roti canai bukan tak boleh makan... tp kalau pengambilan makanan mcm ni, kena balance balik dengan penggunaan tenaga kita balik... sebagai contoh, orang yang bekerja mcm petani, peladang etc... yang mana kejer heavy menggunakan pergerakan yang banyak, yang mana pembakaran kalori daripada pengambilan makanan tadi berlaku. jadi ok la. mcm sesetengah org, ambil pemakanan mcm ni... tp kejer depan pc mcm di opis... mmg risk la... bila kolestrol mula berkumpul, wait and see la... tu yg ramai muda² lagi dah kena stroke, jantung diabetes, darah tinggi, semua penyakit ni berkaitan dengan amalan pemakanan seseorang tu. penyakit yang tak berjangkit, tapi kalau tak kawal... berat nanang la..
No comments:
Post a Comment