Kanak-kanak yang selalu kencing malam (Eneuretic Children) biasa menimbulkan perasaan runsing kepada ibu bapa jika keadaan ini berterusan pada umur lebih dari enam tahun. Keadaan ini lebih kerap dibawa ke perhatian doktor di negara -negara barat seperti Amerika Syarikat kalau dibandingkan dengan di negara ini.
Mengikut satu kajian yang dijalankan di United Kingdom seramai 70 peratus kanak -kanak didapati tidak lagi kencing malam dan pada umur 10 tahun hanya 5 peratus sahaja kanak -kanak yang masih terus berbuat begini.
Keupayaan menahan diri dari kencing malam sudah tentulah berbeza di antara kanak -kanak itu untuk menahan dari kencing malam dikaitkan dengan kematangan urat sarafnya. Pada usia 18 bulan hingga 30 bulan seseorang kanak -kanak itu akan mula dapat merasai pundi kencingnya penuh dan menyatakan keinginannya untuk membuang air. Dia juga boleh menahan diri dari membuang air . Kematangan urat saraf yang mengawasi fungsi pembuangan air mungkin lambat dicapai oleh setengah -setengah kanak -kanak. Ada ibu bapa yang melatih anak -anak mereka dari awal -awal lagi untuk membuang air dengan bersungguh -sungguh dan berasa gelisah apabila anak mereka lambat menguasai pembuangan air.
Terdapat dua keadaan Eneuresis atau membasahi tilam kerana kencing malam.
Pertama ialah bila kanak -kanak itu tidak pernah berhenti dari membasahi tilam kerana kencing malam ( primary enueresis) sementara yang keduanya ialah kanak -kanak yang sudah berupaya menahan diri dari kencing malam itu tiba -tiba mendapati keadaan ini berulang ( secondary eneuresis ).
Infeksi buah pinggang adalah keadaan yang selalu difikirkan oleh para doktor jika ' secondary eneuresis ' ditemui terutamanya dikalangan kanak - kanak perempuan.
Kanak - kanak yang selalu kencing malam mungkin ada kaitannya dengan unsur baka , urat saraf yang kurang matang , unsur psikologi seperti tekanan emosi dan juga unsur organik. Kebanyakkan kanak - kanak yang mengalami primary eneuresis tidak menghidap apa - apa penyakit organik yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan khas. Walau bagaimanapun , ibu bapa kanak - kanak itu selalu tidak berasa senang hati kerana terpaksa kerap kali mencuci dan mengeringkan tilam yang telah basah , lebih - lebih lagi kerana ibu bapa juga tahu yang penyakit kencing manis atau diabetis mellitus boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu kencing dengan banyaknya pada waktu siang dan juga waktu malam.
Pemeriksaan doktor
Apabila seseorang kanak - kanak itu dibawa berjumpa doktor kerana masalah kencing malam seorang doktor itu akan menanyakan riwayat yang berkaitan dengan kesihatannya pada masa yang lalu , riwayat perkembangannya , sama ada dia menempuh proses perkembangan yang sederhana atau menunjukkan perkembangan yang lambat. Adalah penting diketahui sama ada kanak - kanak itu pernah kencing pada waktu malam dan masalah ini telah berulang sekali lagi ( secondary eneuresis ). Adakalanya keadaan ini timbul ekoran dari sesuatu kejadian yang menganggu emosi kanak - kanak itu seperti kelahiran adik baru yang menyebabkannya mendapat kurang perhatian daripada ibu bapanya.
Pemeriksaan fizikal yang dijalankan akan merangkumi pemeriksaan tekanan darah , ukuran tinggi dan timbang berat , pemeriksaan sistem urogenital dan pemeriksaan urat saraf.
Lazimnya pemeriksaan fizikal didapati normal. Bagi kanak - kanak yang dilahirkan dengan keadaan yang dipanggil meningomyelocoele , akan ketara yang terdapatnya satu gelembung yang mengandungi urat saraf yang terdedah di bahagian tulang belakang kanak - kanak itu. Urat saraf yang menguasai fungsi pundi kencing biasanya terjejas.
Seorang kanak - kanak yang mengalami primary eneuresis tampa apa - apa abnormaliti dari pemeriksaan fizikal biasanya tidak memerlukan ujian yang khas kecuali pemeriksaan air kencing untuk memastikan dia tidak mengalami infeksi buah pinggang ( urinary tract infection ) dan juga kencing manis atau diabetis mellitus.
Rawatan
Adakalanya seseorang doktor itu , setelah memastikan yang kanak - kanak itu tidak mengalami penyakit hanya akan mengesyorkan kepada ibu bapa supaya memberi satu kelandar kepada kanak - kanak untuk dicatitkan hari - hari yang dia kencing malam.
Kanak - kanak itu boleh diberikan bintang - bintang berwarna merah atau hitam yang boleh dilekatkan pada hari - hari dalam kelendar itu. Setiap kali kanak - kanak itu mendapati dia berjaya menahan dari kencing malam dia akan melekatkan bintang merah pada hari itu , sebaliknya jika dia didapati kencing malam dia akan diberikan bintang yang berwarna hitam.
Dengan cara ini sahaja banyak terdapat kanak -kanak yang selalu kencing malam bukan sahaja dapat mengurangkan episod kencing malamnya bahkan mungkin berhenti terus dari kencing malam. Cara ini lebih berkesan daripada cara -cara yang dimana ibu atau bapa selalu mengejutkan kanak -kanak di tengah malam untuk pergi membuang air atau menyuruhnya mengurangkan minum air sebelum tidur.
Ada juga pakar -pakar yang melakukan hypnosis untuk mengurangkan kencing malam dikalangan kanak -kanak tetapi kaedah ini masih perlu di selidiki sebelum dapat diterima dengan umumnya.
Satu cara yang biasa digunakan di Eropah dan Amerika Syarikat ialah alat yang dipanggil urine alarm. Alat ini dipasang pada kanak -kanak diwaktu dia tidur dan jika kanak -kanak ini mula kencing malam , air yang membasahkan tilam itu akan menghidupkan alarm itu menyebabkan kanak -kanak itu terbangun dan pergi membuang air di bilik mandi. Dari masa ke masa kanak -kanak itu akan bangun sendiri apabila terasa pundi kencingnya penuh tanpa urine alarm itu di bunyikan. Alat ini tidak senang diperolehi dan di United Kingdom juga alat ini terhad menyebabkan kanak -kanak terpaksa menunggu giliran mereka untuk mendapatkannya. Alat ini sangat berkesan untuk mengurangkan dan memberhentikan masalah kencing malam dikalangan kanak -kanak.
Sejenis ubat yang di panggil imipramine boleh juga digunakan untuk mengurangkan kejadian kencing malam dikalangan kanak -kanak. Ramai pakar kanak -kanak di Eropah dan Amarika Syarikat lebih suka memberi ubat daripada menggunakan urine alarm kerana ini mudah diuruskan. Imipramine juga mempunyai kesan sampingan kepada jantung yang tidak diingini.
Walaupun ada beberapa kaedah yang boleh di gunakan untuk mengurangkan episod kencing malam di kalangan kanak -kanak perlu difahami bahawa kebanyakan kanak -kanak dengan sendirinya akan mencapai keupayaan untuk menahan dari kencing malam apabila umurnya meningkat. Latihan untuk menggalakkan kanak -kanak mengawal kencing mestilah dilakukan didalam suasana yang tidak menekan.
Kesimpulannya
Kanak -kanak yang membasahi tilam pada waktu malam selalunya tidak menghidap apa -apa penyakit dan keadaan ini ada kaitannya dengan kematangan urat saraf seseorang kanak -kanak itu. Bagi kanak -kanak yang sudah berupaya menahan dari kencing malam tiba -tiba keadaan ini berulang semula perlulah dipastikan yang mereka tidak mengalami penyakit infeksi kencing ( urinary tract infection ) yang mungkin memerlukan ujian pancaran X. Kanak -kanak yang menghidap penyakit infeksi kencing perlu dirawat dengan antibiotik yang tertentu serta dibawa berjumpa doktor dari masa ke masa. Jika tidak dikawal penyakit infeksi kencing boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang ( chronic renal failure ) apabila mereka dewasa.
nk tanye ...klu ade remaja yg kncing mlm tu mcm mana pulak ek?
ReplyDeleteade pnyakit ape2 ke mcm mane
FAKTA NOMBOR (KENCING MALAM)
Delete85% - Kanak-kanak tidak lagi kencing malam apabila usia mencecah lima tahun
15% - Kanak-kanak lima tahun ke atas masih kencing malam.
5% - Kanak-kanak akil baligh masih kencing malam.
1.5% - Orang dewasa masih kencing malam.
Kadang kala tabiat kencing malam boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan
seperti masalah diabetes atau cystitis (radang pada pundi kencing).
Ada juga di kalangan sesetengah kanak-kanak,
tabiat ini mungkin disebabkan ketidakupayaannya menghasilkan hormon anti-diuretik
dengan cukup yang berfungsi mengawal penghasilan air kencing pada waktu malam.
Namun, secara amnya juga kita perlu tahu fakta yang lebih mudah,
ada kanak-kanak yang membentuk kawalan terhadap pundi kencingnya agak lewat
berbanding kanak-kanak lain. Dia juga mungkin berhadapan dengan masalah psikologi
kerana masalah di sekolah atau rumah, contohnya.
Bagi dewasa, apabila pundi kencing penuh pada waktu malam,
otak akan memaklumkan pundi kencing untuk mengosongkannya.
Keupayaan untuk menjalani proses ini bukan wujud semulajadi sejak lahir.
Sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan dan menjelang usia 6 tahun,
seseorang kanak-kanak umumnya memiliki keupayaan itu.
Di sini saya kongsikan satu amalan/doa/tips untuk mengelak daripada anak-anak kencing malam.. Baca:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Surah Al-Mukminun, Ayat 115-118.
3. Ayat Penahan iaitu sebahagian daripada Surah Hud Ayat 44.
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah daripada curahan airmu..."
Cubalah amalkan dan banyakkan berdoa kepadaNYA..