klik atas nuffnang

Wednesday, February 9, 2011

Penyelesaian masalah usus & sembelit

Soalan : 

Saya ingin memulakan pengambilan probiotik. Namun saya sedikit keliru apabila saya dapati banyak jenis probiotik yang terdapat di farmasi. Bagaimana saya nak memilih probiotik yang sesuai untuk saya?

Jawapan : 

Probiotik adalah bakteria baik yang sedia ada dalam tubuh seseorang. Masalah biasanya akan timbul apabila keseimbangan antara bakteria baik dan berbahaya terganggu. Banyak faktor yang boleh mengganggu gugat keseimbangan semula jadi ini. Faktor-faktor lazim ini termasuklah cara pemakanan harian, amalan gaya hidup, peningkatan usia, penyakit dan jangkitan dan beberapa lagi.


Monday, February 7, 2011

Minum air kosong 5 gelas sehari

“LIMAU Ais satu bang”, pesanan biasa yang sering kita dengar apabila menikmati hidangan di warung atau restoran tempatan.
Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia.
Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.


Labu Kaya Khasiat

Buah ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.


Sunday, February 6, 2011

Perit setiap kali haid - Shuhaily

ANDA tentu tak percaya yang saya telah lari dari hospital," kata wanita ini menceritakan pengalamannya menjalani pembedahan fibroid sembilan tahun lalu.

"Saya telah berpindah ke Pusat Perubatan Pantai dan hanya fibroid sahaja dibuang. Pembedahan mengambil masa empat jam dan kos pembedahan hampir RM 4000. Saya gunakan semua wang simpanan yang saya kumpul selama bertahun-tahun. Hancur luluh harapan saya untuk sambung belajar. Malah, saya mendapat dugaan lebih besar apabila tunang kesayangan mula berubah dan memutuskan pertunangan selepas dua minggu pembedahan," Shuhaily Mohd Basir, 32 tahun.

16 tahun sakit puan - surat rawatan dari pakar

Selepas apa yang berlaku, Shuhaily tidak berhenti menangis. Akibatnya, dia mengalami bentan dan pendarahan selama sebulan. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Mengimbas kenangan Oktober 2000, dia mengalami sakit perut yang teramat sangat hampir dua minggu sehingga doktor pakar sendiri tidak dapat mengesan diagnosis sebenar penyakitnya.

"Ubat tahan sakit di tambah dos tiga kali ganda. Namun, masih tak juga berubah dan langsung tak berkurangan. Akhirnya, doktor mendapati masalah fibroid dalam rahim saya. Saya diarah menjalani pembedahan buang keseluruhan rahim serta-merta. Mak saya tak berhenti menangis bila mendapat tahu hal tersebut. Saya sangat sedih sehingga tak mampu lagi mengeluarkan air mata," katanya.

Shuhaily mengalami pelbagai masalah sakit puan sejak berumur 16 tahun.

Dia dan keluarga tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.
Namun, tetap tiada perubahan.
- senggugut seperti sakit perut yg teruk -
"Doktor hanya memberi jawapan masalah hormon. Kata doktor, masalah haid seperti senggugut adalah perkara biasa bagi semua wanita. Hari demi hari, masalah yang saya hadapi semakin buruk. Ketika itu, saya sering tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit senggugut semasa haid dan beberapa kali tumpah darah (bleeding). Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang telah menjadi rumah kedua saya. Akhirnya, saya tidak mendapat keputusan yang memuaskan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," ujarnya sedih.

Kemudian, Shuhaily menyambung pelajaran ke tingkatan enam dengan harapan untuk menebus kesilapan. Namun, pelajarannya terganggu kerana sering keluar masuk hospital.

"Senggugut semakin teruk sehingga saya tidak boleh bangun dan sering pitam. Akhirnya pada tahun 1996, saya tabah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Hospital Banting. Keputusan STPM sungguh mengecewakan saya.

Kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di NEC. Niat di hati mahu ambil STPM sekali lagi tetapi duit gaji habis begitu sahaja dengan rawatan dan ubat saya makan 14 jenis ubat setiap hari," jelasnya.

Kemudian, Shuhaily mengambil keputusan bertukar kerja sebagai krew restoran. Namun, masalah sakit puannya berterusan selepas pembedahan.

"Saya alami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Kemudian, saya diperkenalkan tuala wanita herba FC Bio Sanitary Pad Avail Beauty semasa saya menghantar pizza ke rumah pelanggan di Kampung Jawa, Klang. Alhamdulillah sejak itu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan," katanya.

Selepas itu, Shuhaily dinasihat tidak menggunakan pad di pasaran yang dikatakan mengandungi racun dioksin yang menjadi punca masalah yang dihadapi. 

"Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM 33," jelasnya.

Kemudian, Shuhaily menggunakan semula tuala wanita di pasaran tanpa saya memikirkan akibatnya kerana kesempitan wang.

"Ketika itulah masalah saya kembali. Haid tidak teratur, empat bulan tak datang haid dan keputihan semakin banyak. Rupa-rupanya fibroid dalam rahim tersebut aktif semula. Saya dinasihatkan untuk pembedahan buang rahim sekali lagi. Saya tidak mahu dan menggunakan semula FC BIO selama seminggu. Fibroid tersebut telah mengecut dan tiada lagi. Kini, saya terus menggunakannya. Kesihatan saya pulih sepenuhnya," ujarnya.

Friday, February 4, 2011

keaijaban gantian kanta mata

KATA orang, dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi. Dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati. Namun, individu yang tidak mempunyai mata yang sempurna seperti masalah katarak sering hilang keyakinan diri.

Walaupun memakai cermin mata mungkin dapat membantu masalah penglihatan rabun jauh dan dekat, namun ia menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi mereka yang bekerja dan banyak menghabiskan masa di luar pejabat.

Katarak yang berdepan masalah selaput juga menjadi punca utama buta jika tidak diatasi dengan segera.

Penyakit mata ini menyebabkan kanta mata menjadi legap hingga mengaburkan pandangan.


Thursday, February 3, 2011

Risiko Tersedak Susu


Kecuaian ibubapa, pengasuh tak endah teknik penyusuan botol punca tragedi

TIGA kes berbeza membabitkan mangsa berlainan tetapi berkongsi punca sama - kematian akibat tersedak susu. Kejadian itu sudah pasti membimbangkan ramai ibu bapa, khususnya yang terpaksa bergantung harap kepada perkhidmatan pusat jagaan kanak-kanak.


Wednesday, February 2, 2011

Tangani Tekanan Di Pejabat

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga (1/3) daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.

Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.

Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang