"Saya telah berpindah ke Pusat Perubatan Pantai dan hanya fibroid sahaja dibuang. Pembedahan mengambil masa empat jam dan kos pembedahan hampir RM 4000. Saya gunakan semua wang simpanan yang saya kumpul selama bertahun-tahun. Hancur luluh harapan saya untuk sambung belajar. Malah, saya mendapat dugaan lebih besar apabila tunang kesayangan mula berubah dan memutuskan pertunangan selepas dua minggu pembedahan," Shuhaily Mohd Basir, 32 tahun.
16 tahun sakit puan - surat rawatan dari pakar |
Mengimbas kenangan Oktober 2000, dia mengalami sakit perut yang teramat sangat hampir dua minggu sehingga doktor pakar sendiri tidak dapat mengesan diagnosis sebenar penyakitnya.
"Ubat tahan sakit di tambah dos tiga kali ganda. Namun, masih tak juga berubah dan langsung tak berkurangan. Akhirnya, doktor mendapati masalah fibroid dalam rahim saya. Saya diarah menjalani pembedahan buang keseluruhan rahim serta-merta. Mak saya tak berhenti menangis bila mendapat tahu hal tersebut. Saya sangat sedih sehingga tak mampu lagi mengeluarkan air mata," katanya.
Shuhaily mengalami pelbagai masalah sakit puan sejak berumur 16 tahun.
Dia dan keluarga tidak berputus asa mencari pelbagai alternatif dengan berurut tradisional, bermacam jenis jamu, pelbagai ubat suplemen malah ubat doktor dari klinik swasta dan hospital kerajaan setiap hari.
Namun, tetap tiada perubahan.
- senggugut seperti sakit perut yg teruk - |
Kemudian, Shuhaily menyambung pelajaran ke tingkatan enam dengan harapan untuk menebus kesilapan. Namun, pelajarannya terganggu kerana sering keluar masuk hospital.
"Senggugut semakin teruk sehingga saya tidak boleh bangun dan sering pitam. Akhirnya pada tahun 1996, saya tabah menjalani peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Hospital Banting. Keputusan STPM sungguh mengecewakan saya.
Kemudian, saya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di NEC. Niat di hati mahu ambil STPM sekali lagi tetapi duit gaji habis begitu sahaja dengan rawatan dan ubat saya makan 14 jenis ubat setiap hari," jelasnya.
Kemudian, Shuhaily mengambil keputusan bertukar kerja sebagai krew restoran. Namun, masalah sakit puannya berterusan selepas pembedahan.
"Saya alami masalah keputihan dan kekuningan, lendir berbau busuk, senggugut setiap kali datang haid, kegatalan, buasir, bau badan busuk dan sering pitam. Kemudian, saya diperkenalkan tuala wanita herba FC Bio Sanitary Pad Avail Beauty semasa saya menghantar pizza ke rumah pelanggan di Kampung Jawa, Klang. Alhamdulillah sejak itu, masalah saya semakin hari semakin pulih setelah penggunaan berterusan selama tiga bulan," katanya.
Selepas itu, Shuhaily dinasihat tidak menggunakan pad di pasaran yang dikatakan mengandungi racun dioksin yang menjadi punca masalah yang dihadapi.
"Bulan ke-empat menggunakan FC Bio, saya semakin ceria dan sihat. Ia telah mengeluarkan darah beku yang berketul-ketul sebesar penumbuk dan selebar tapak tangan. Pada mulanya, saya amat terkejut tetapi setelah diberitahu itu adalah kelebihan produk dan saya tak alami senggugut lagi. Semua masalah saya telah lenyap sama sekali dengan menggunakan satu produk sahaja hanya dengan kos RM 33," jelasnya.
Kemudian, Shuhaily menggunakan semula tuala wanita di pasaran tanpa saya memikirkan akibatnya kerana kesempitan wang.
"Ketika itulah masalah saya kembali. Haid tidak teratur, empat bulan tak datang haid dan keputihan semakin banyak. Rupa-rupanya fibroid dalam rahim tersebut aktif semula. Saya dinasihatkan untuk pembedahan buang rahim sekali lagi. Saya tidak mahu dan menggunakan semula FC BIO selama seminggu. Fibroid tersebut telah mengecut dan tiada lagi. Kini, saya terus menggunakannya. Kesihatan saya pulih sepenuhnya," ujarnya.
No comments:
Post a Comment