klik atas nuffnang

Friday, April 8, 2011

Mati Pucuk Simpton Awal Sakit Jantung

MATI pucuk atau istilah perubatannya dysfunctional erection (ED) keadaan di mana seseorang lelaki tidak mampu dan sukar mencapai atau mempertahankan ejakulasi dalam tempoh lama.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak puas dan tertekan dengan kehidupan seksual.

Laporan terkini yang dikeluarkan Pfizer menunjukkan lebih 150 juta lelaki di seluruh dunia mengalami ED.
Jumlah itu mampu bertambah dua kali ganda menjelang 2025.

Wednesday, April 6, 2011

Masalah keputihan sejak usia 6 tahun

Soalan: 
SAYA berumur 15 tahun dan mempunyai beberapa soalan. Saya berasa risau kerana saya belum lagi datang haid.

Saya juga menghadapi masalah keputihan sejak akhir umur saya enam tahun. Apakah ini merupakan masalah yang teruk atau sebaliknya?

Perlukah saya berjumpa dengan pakar atau adakah ini cuma sesuatu yang dipengaruhi oleh tubuh badan seseorang?

n Wanie, Perak.

Monday, April 4, 2011

Berat Ideal Bukan Kurus

Soalan: 
TANGGAPAN tidak sepadan, mula timbul perasaan malu untuk mendampingi pasangan, sentiasa murung dan tidak dapat mengawal selera makan adalah punca utama yang sering mengugat masalah berat badan wanita masa kini.

Sememangnya setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang unggul, jelita sepanjang hari dan tidak jemu dipandang. Itulah impian utama yang ingin dikecapi oleh wanita selama ini.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan wanita yang mengalami masalah sedemikian.

Sunday, April 3, 2011

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

TIGA tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika Syarikat mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah berkaitan hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah.

Kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini.

Polikarbonat Rosakkan Hormon

BARU-baru ini Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan bahan polikarbonat untuk menyimpan susu mahupun sebagai botol susu. Pengharaman tersebut kerana bahan polikarbonat dikenal pasti boleh merosakkan hormon manusia.

Adalah sukar bagi para saintis mengumpulkan data dan penjelasan yang terperinci kerana kerosakan hormon tidak dapat dikenal pasti dalam tempoh waktu yang singkat. Kefahaman dan pengetahuan mengenai isu itu masih samar walaupun kita telah melihat bukti-bukti jelas kerosakan hormon pada badan kita. Dengan kata lain kita telah melihat gejala kerosakan hormon yang sangat berleluasa namun penjelasan bagi masalah ini masih samar.

Saturday, April 2, 2011

Ramuan Utama dan Fungsi Woman Lobata

Pueraria Lobata (Putih)

Sejenis tumbuhan asli Thailand yang digunakan turun-temurun untuk meremajakan sistem endokrin wanita.

Pueraria Lobata adalah sejenis herba semulajadi yang diperolehi daripada akar ubi tumbuhan menjalar dan dikenali sebagai "Kwao Khurea" (nama saintifik Pueraria Lobata). Akar ubi Pueraria Lobata yang berwarna putih mengandungi bahan Phytoestrogen seperti Puerarin, Miroesterol dan Mirifica.

Fungsi-fungsi & Kebaikan Woman Lobata

  • Menyeimbangkan sistem endokrin
  • Membina, Mengembalikan, Menegangkan dan Menambahkan bentuk / saiz payudara
  • Mengurangkan masalah tidur seperti insomnia
  • Mengurangkan masalah haid
  • Menambahkan cecair faraj
  • Menyuburkan rahim
  • Membaiki, Menegangkan dan Mencantikkan kulit
  • Mengurangkan kepanasan badan
  • Menghindarkan gangguan perasaan. 
  • Menghindarkan jangkitan pada faraj dan pundi kencing
  • Mengurangkan simtom menopause dan sesudah menopause
  • Meningkatkan daya ketahanan badan
  • Meningkatkan kesihatan secara umum

    Kecundang Atas Ranjang

    PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.

    Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah nuffnang