klik atas nuffnang

Thursday, April 21, 2011

Elak Makan Telur Mentah

MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.

Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Wednesday, April 20, 2011

Buat Duit Dengan AVAIL

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya buat bisnes Avail Beauty ini. Memang cukup senang. Bila kita buka saja mulut bercerita pasal informasi kesihatan dan kepentingan produk, pasti saja kawan-kawan akan beli... Tak kiralah lelaki ker, perempuan ker....

Setakat nak cari duit poket cash RM20 - RM50 sememangnya amat mudah... Begitu juga kalau tiap-tiap bulan kita nak dapat bonus tambahan 4-5 angka pun senang. Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang sudah join dan buat bisnes ini... Tapi jangan pula pergi tanya yang dah join tapi tak buat bisnes ini... Memanglah mereka tak akan kata best....

Bila kita nak bercakap kenalah ada ilmu... Tidak boleh main terjah jer... Selalu pergi kelas COP yang disediakan percuma, Belajar dengan mereka yang dah berjaya... Saya sendiri pun banyak belajar dari sifu Avail, Jutawan CM Azman Bidin dan CM Noraini binti Bidin.

Tuesday, April 19, 2011

Fahami Apa Itu Sedut Lemak

LIPOSUCTION atau bahasa pasarnya sedut lemak adalah proses menghapuskan lemak dari lapisan bawah kulit. Untuk memahami apa itu liposuction, kita mesti memahami kulit, lemak badan dan struktur-struktur lemak.

Kulit bukan sahaja menjadi penutup badan malah ia adalah organ terbesar pada tubuh badan. Fungsi kulit di antaranya menghalang kita menjadi dehidrasi, menghalang organisme memasuki badan dan pelindung kepada cahaya ultraviolet matahari. Kulit terdiri daripada tiga lapisan iaitu epidermis, dermis dan hypodermis.

Epidermis dan dermis merupakan lapisan di mana kelenjar sebum, melanocyte, saraf, rambut tumbuh dan deria sentuh berada.
Lapisan yang terlibat dalam liposuction adalah hypodermis iaitu tempat lapisan lemak subkutan berada.

Sunday, April 17, 2011

Tekanan Perasaan Bukan Penyebab Bunuh Diri

TATKALA dibuka pautan Wikipedia mengenai kes bunuh diri, terbentang senarai panjang nama-nama mereka yang menamatkan riwayat hidup dengan cara sedemikian.

Bukan calang-calang orang. Antaranya, pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler yang mengambil jalan singkat dengan cara menembak mulut untuk melindungi diri daripada ditangkap tentera Soviet pada tahun 1945.
Tidak ketinggalan ahli politik Amerika, R.Budd Dwyer, mengambil langkah yang sama ketika sidang media diadakan pada 1987.

Sekadar memberi dua contoh yang menjadi ingatan masyarakat, sebenarnya terlalu banyak untuk disenaraikan. Tidak keterlaluan andai dikatakan hampir setiap hari ia berlaku. Sama ada mengambil jalan drastik seperti menembak, menggantung, terjun dari tempat tinggi atau dengan mengambil ubat serta dadah berlebihan, tujuannya cuma satu - mati!

Thursday, April 14, 2011

Salur Darah Jejas Penampilan

JUNITA berasa kurang senang melihat belakang betisnya yang bertompok-tompok biru. Terdapat juga salur darah kecil di situ menyebabkan tompok-tompok itu berwarna gelap. Menurut Junita salur darah halus yang pada asalnya hanya sedikit. Namun ia menjadi lebih banyak setelah usianya menjangkau 35 tahun. Dia pernah mendengar pengalaman seorang rakannya yang mempunyai banyak salur darah halus di paha dan kaki yang semakin membesar dari hari ke hari. Menurut Junita, rakannya mengadu kesakitan dan sering mengalami masalah berkudis di tempat salur darah itu membesar. Dia khuatir akan ditimpa masalah yang sama jika masalahnya itu tidak dirawat segera.

Dia ingin tahu apakah punca berlaku masalah sedemikian dan apakah yang harus dilakukannya untuk mengelak perkara itu berulang. Junita yang gemar menggayakan kasut tumit tinggi tertanya-tanya apakah kegemarannya itu yang menjadi penyebab masalah tersebut?

Wednesday, April 13, 2011

Jangan Sembarangan Makan Cendawan Liar


(Kiri : Cendawan liar yang boleh dimakan )
Schizophyllum Commune atau cendawan sisir, Termitomyces atau cendawan busut,
(Kanan:cendawan liar yang beracun ) 
Macrolepiota dan Lepiota

Sunday, April 10, 2011

Tidur Satu Penyakit

RAMAI di kalangan mereka yang bekerjaya dilihat tidak begitu mementingkan soal tidur. Ini mungkin kerana mereka tidak tahu bahawa tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membuatkan kita lebih bertenaga dan ceria untuk memulakan hari yang baik.

Senario tidak mengendahkan tidur bukanlah satu situasi yang pelik. Disebabkan itu juga ada di kalangan mereka menghidap penyakit susah tidur atau insomnia.

Setiap individu dinasihatkan mendapatkan tidur serta rehat yang secukupnya iaitu antara tujuh hingga sembilan jam sehari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang