klik atas nuffnang

Monday, July 25, 2011

Testimoni Woman Lobata

Ashkira Alias, 30 tahun, Selangor ( Kulit Kasar, Berbintik Hitam )
Dulu, kulit saya sangat kasar dan tidak sekata. Muka saya pula berbintik hitam dan agak musam. Saya berasa kurang keyakinan di hadapan orang ramai

Selepas mencuba Woman Lobata selama dua bulan, kulit saya menjadi lebih lembut, sekata, berseri dan bercahaya. Bintik hitam di muka saya sudah hilang! 
 
 
 
Noor Adilah Binti Che Mat, 38 tahun, Putrajaya ( Letih dan Lesu )
Saya sentiasa berasa letih dan lesu apabila terbangun pada waktu awal pagi. Amat bersyurkurnya keadaan ini telah mendapat perubahan yang baik selepas saya mengambil Woman Lobata. Sekarang saya sentiasa berasa cergas & aktif walaupun saya tidur pada lewat malam dan bangun pada awal pagi keesokan hati. 
 
 
 
Siti Sabrina Ahmad Faris, 25 tahun, Selangor
( Senggugut Teruk & Ketahanan Badan yang Lemah )
Setiap kali datang haid, saya mesti mengambil cuti disebabkan oleh masalah senggugut yang sangat teruk. Daya ketahanan badan saya agak lemah dan berat badan saya hanya 35 kg dengan ketinggian 157 cm.

Setelah menggunakan FC Bio Sanitary Pad dan mencuba Woman Lobata selama 2-3 bulan, saya tidak perlu mengambil cuti lagi semasa haid. Daya ketahanan badan saya semakin kuat, saya berasa lebih berstamina dan cepat pulih dari sakit. Kini, berat badan saya telah meningkat kepada 45 kg. Saya berasa sungguh berkeyakinan!
 
 
Hani Azura Bte Mohd Nashoha, 34 Tahun, Selangor ( Rahim Lemah )
Saya telah mengalami keguguran sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun. Ini telah mengakibatkan rahim saya menjadi sangat lemah sehingga saya tidak dapat bergerak seperti biasa.

Cuma 3 hari saya mengambil Woman Lobata, saya telah dapat berasa kelainan yang dibawanya ke atas saya. Semenjak saya mengamalkan Woman Lobata sehingga hari ini, rahim saya sudah bertambah kuat, saya dapat menikmati semula kebebasan bergerak
 

Elak Minum Susu

Soalan: 
Apabila saya mengalami cirit-birit, perlukah saya berhenti makan selama 24 jam? atau, patutkah saya mengambil roti dan/atau minuman isotonik? bilakah keadaan boleh dianggap serius dan memerlukan rawatan perubatan?

Jawapan.
Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi.

Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.

Friday, July 22, 2011

Apendiks ibarat bom jangka

JANGAN salahkan keturunan, gaya hidup mahupun apa yang dimakan apabila tiba-tiba anda didiagnosis dengan penyakit apendiks.

Menurut Pakar Bedah Am, Pusat Perubatan Taman Desa, Kuala Lumpur, Dr. Peh Kiam Heng, penyakit tersebut ibarat bom jangka yang boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tanpa mengira gaya hidup atau apa jua faktor lain.

Jelas beliau, ia sebenarnya bermula dari bahagian abdomen atau perut.

"Bila kita makan, makanan akan masuk ke salur pemakanan dari perut ke usus kecil dan akan ke usus besar.

"Makanan yang kita kunyah akan dihadam, kemudian dicerna dengan sebaiknya oleh organ penghadaman.

"Makanan tersebut akan bertukar menjadi bentuk serbuk dan usus besar menyerap air. Apabila menjadi bentuk ini, ia senang masuk dan sekali gus menyumbat satu ruangan kecil yang diberi nama apendiks," jelasnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Sunday, July 17, 2011

Masalah Haid

Jom kita lihat persoalan-persoalan yang berlaku di sekitar kita....Masalah haid yang membelenggu kitaran bulanan wanita sering terjadi. Minggu ni Keluarga Avail ingin berkongsi masalah sakit puan dari Akhbar tempatan Metro Harian oleh Doktor Adilah Ahmat.

Sunday, July 10, 2011

Onani Punca Gemuk?

Soalan 1:
SAYA suri rumah berumur 31 tahun dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ini saya terbaca dalam sebuah akhbar, berkaitan gejala onani di kalangan wanita, benarkah wanita yang beronani akan cepat obes?


Puan:
Terima kasih. Soalan yang diutarakan oleh Puan amat menarik sekali. Sangkaan Puan berkaitan onani menyebabkan cepat obes adalah tidak tepat. Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah rangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Rangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa menggunakan alat mahupun menggunakan alat.

Sunday, July 3, 2011

B17 Apricot bantu terapi kanser

Kanser adalah antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan 7.6 juta kematian pada tahun 2008.

Menurut kajian pakar-pakar pemakanan di seluruh dunia, faktor pemakanan merupakan salah satu punca utama terjadinya kanser.

Ini kerana di zaman yang serba moden dan canggih ini, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser. Realiti kehidupan pada masa kini adalah hampir 90 peratus makanan kita bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan kanser.

Akibatnya diet pemakanan harian kita terdedah kepada keadaan tubuh berasid seterusnya sistem antibodi dan imunisasi badan menjadi lemah di mana keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain yang boleh membawa maut dan membunuh manusia secara perlahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang