klik atas nuffnang

Monday, February 28, 2011

Kulit Wanita Asia Sensitif

Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.

Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.

Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik.

Sunday, February 27, 2011

Apendisitis bukan sakit perut biasa

Apendik..... Jangan main-main ar...!

JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.

Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.

Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.

Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.

Nanas Atasi Sembelit

NANAS sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menjadikan nanas buah pilihan kebanyakan orang. Selain dimakan segar, nanas juga dijadikan bahas masakan seperti pajeri, masak lemak dan gulai.

Antara manfaat nanas adalah:

Thursday, February 24, 2011

Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat

Apabila anda sakit, anda sudah tentu akan berjumpa doktor, bukan dengan keluarga avail, kan :-).
Sudah tentu doktor akan memberi anda ubat.
Anda makan ubat tersebut dengan harapan anda akan sihat semula. 
Beginilah bagaimana perjalanan perkhidmatan kesihatan sekarang, satu kitaran diagnosa dan preskrepsi.


Keluarga Avail cuba menyelaminya.

Anda tentu telah mendengarnya sebelum ini tetapi keluargaavail akan mengulanginya. 

" Pencegahan lebih baik dari pengubatan ". 
Namun anda mungkin tidak memberi perhatian kepadanya.
Walau bagaimana pun sekiranya anda melihat dengan lebih dekat saranan doktor, ia akan membawa kepada kesimpulan bahawa mereka sebenarnya ingin mengesan sesuatu penyakit dengan lebih awal. 

Keluarga Avail

Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. 

Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. 

Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. 

Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Di laman web keluargaavail ini, kami sediakan info kesihatan untuk membantu anda menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan di samping produk avail yang insyaAllah dapat membantu mengembalikan keyakinan diri anda . Lebih banyak info kesihatan akan dimuatkan dari masa ke semasa. Sila kembali lagi untuk mendapatkannya.

Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.


Mesej ini dibawakan oleh keluargaavail untuk pembaca blogger sekalian.

Nak Kawal Lemak? Amalkan Tip Berikut !

Bagaimana nak mengawal lemak yang ada pada tubuh badan kita... Sedangkan kita sentiasa memakan makanan yang pastinya menyelerakan kita. Itu adalah salah satu soalan yang sering dilemparkan apabila berkisar lemak di badan.

Tips berikut diharap membantu pembaca keluargaavail menngawal dan menyelenggarakan lemak dengan lebih berkesan.

Khasiat Budu Terbongkar

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang