klik atas nuffnang

Thursday, March 31, 2011

Woman Lobata



Khas Bagi Wanita Yang Ingin Lebih Menawan

Satu formulasi istimewa dari Thailand, khusus untuk wanita yang mementingkan kesihatan keseluruhan, keseimbangan hormon dan kecantikan.

Dapat meremajakan sistem endokrin wanita. 

Pilih Diet Rendah Protein

ADAKAH anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan?
Adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Tuesday, March 29, 2011

Berusia tetapi berjerawat

NORA risau apabila wajahnya ditumbuhi jerawat. Seingat Nora sewaktu beliau berusia belasan tahun dahulu jerawat pernah menjadi satu masalah. Namun setelah membeli ubat sapu dari farmasi dan mengamalkan pencuci muka berjenama yang dibelikan oleh ibunya, masalah tersebut selesai.

Semasa usianya menganjak 20-an sehingga 30-an, masalah jerawat tidak lagi mengganggu. Jerawat hanya tumbuh sekali sekala tatkala menghampiri waktu haid. Kini pada usia 45 tahun tiba-tiba saja Nora diserang masalah jerawat yang agak serius. Keadaan itu membuatkan Nora berasa hairan. Jerawat kecil dan besar tumbuh melata bagaikan tidak mahu surut. Selepas mengecut ia meninggalkan kesan parut yang kehitaman dan hodoh. Jerawat tumbuh pada pipi, bawah dagu dan hidung. Apabila disentuh memang berasa sakit. Nora cuba menyapu ubat dan mencuci muka dengan lebih kerap namun kekerapan itu menjadikan kulitnya kering.

Monday, March 28, 2011

Adenovirus ada 52 jenis, Rantaian Berbeza

Ada yang bertanya,  
adakah adenovirus sejenis wabak baru yang mudah tersebar dan mungkin menyebabkan pandemik seperti influenza H1N1?
Jika benar, bagaimana untuk mencegahnya?

Menurut Dr. Ishammuddin, jangkitan adenovirus merupakan masalah biasa yang berlaku di mana-mana dan ia mudah tersebar.

"Terdapat sekurang-kurangnya 52 jenis adenovirus dengan rantaian yang berbeza. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak,'' katanya. Biasanya adenovirus menyebabkan penyakit berkaitan respiratori seperti batuk dan selesema, namun bergantung kepada jenis yang menyerang. Ia juga boleh mengundang pelbagai penyakit serius seperti gastroenteritis (sakit perut dan cirit birit), pharyngitis (sakit tekak), konjuntivitis (mata), cystitis (jangkitan pundi kencing) dan penyakit kulit seperti ruam," kata beliau.

Sunday, March 27, 2011

Sayangi Jantung Anda

PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

Saturday, March 26, 2011

Vitamin Untuk Kulit

Gabungan vitamin untuk kulit

Soalan:
Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?


Friday, March 25, 2011

Tambah Lima Sentimeter

Soalan:
SAYA berusia 30 tahun dan baru berkahwin. Saya mendapati alat sulit saya kelihatan kecil. Adakah ini bermakna zakar saya tidak sempurna? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Adakah cara tradisional seperti suntikan minyak tradisional pada buah zakar dapat mengatasi masalah ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang