klik atas nuffnang

Sunday, January 27, 2013

Baik Pulih Vagina / Mahkota Anda

FAKTOR usia bukan sahaja menyebabkan kecantikan seseorang wanita itu mula pudar, malah, mengakibatkan perubahan kepada fungsi dan struktur organ di tubuh termasuk kepada vagina.

Hilangnya kebolehan dan kelembapan tisu-tisu pada alat sulit menyebabkan pengurangan minyak pelincir di vagina meningkatkan rasa ketidakselesaan, kegatalan, kekeringan, rasa berat dan kesakitan ketika melakukan persetubuhan.

Ini berikutan, keadaan vagina yang berkurangan dari segi kolagen serat, kurangnya kebolehan untuk menganjal dan kekurangan mukosa menjadikan vaskular semakin sempit dan tidak memberikan kemutan dengan sempurna terutamanya bagi wanita yang sudah mengalami menopaus.

Lazimnya, golongan wanita hanya memberatkan mengenai faktor kecantikan luaran dengan mengunjungi pakar-pakar kecantikan namun keberatan untuk mengunjungi doktor untuk mendapatkan nasihat apabila ada yang didapati tidak kena dengan alat sulit mereka.

Menurut Pakar Kecantikan dan Kesihatan Aestetik, Dr. N. Sutina Nordin, golongan wanita hanya bertemu dengan doktor sekiranya mereka mengandung, bersalin atau sakit ketika datang bulan.

Selain daripada masalah-masalah ini, mereka agak keberatan untuk mendapatkan perkhidmatan pakar atau doktor biarpun mereka mempunyai masalah di bahagian alat kelamin.

"Akhirnya mereka menderita dalam senyap sehinggalah sekiranya apabila suami mereka berkata sesuatu mengenai perhubungan intim, mereka takut tidak dapat memberikan sesuatu yang diperlukan suami ketika menjalankan tugas sebagai isteri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, En-hanze Medical Aesthetics Centre di Seksyen 16, Jalan Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Tegasnya, jangan menyangka, masalah alat sulit hanya dialami oleh golongan wanita yang sudah berumur sahaja, sebenarnya terdapat di kalangan remaja juga yang mengalami masalah ini.

Antaranya ialah 'bibir' vagina berlebihan yang memerlukan rawatan labioplasty.

Menurutnya, dahulu ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah alat sulit mendapatkan kaedah pembedahan untuk membentuk vagina, mencantikkan dan mengetatkan alat sulit mereka.

Namun, pastinya kaedah membaik pulih secara pembedahan itu memerlukan kos yang tinggi, mendatangkan risiko kesakitan, rawatan yang agak lama dan sebagainya.

Menurut N. Sutina lagi, kini terdapat kaedah yang lebih menarik dan cepat tanpa mendatangkan kesakitan tetapi berkesan untuk membaik pulih vagina.

"Alat yang dimaksudkan ialah V2LR iaitu Vulva-Vaginal Laser Reshaping dengan menggunakan teknologi laser yang digunakan untuk merawat, membaiki dan mencantikkan serta mengembalikan fungsi vagina yang semakin kurang keanjalannya akibat faktor kelahiran anak dan menopaus.

"V2LR merupakan teknologi bukan invasif yang membantu memulihkan atrophy vagina atau faktor yang menyebabkan vagina kering, mengetatkannya, labiaplasty, mengembalikan semula warna dan tekstur pada labia majora dan kulit bahagian dalam berdekatan alat kelamin anda," katanya.

Jelasnya, kaedah ini juga ternyata berkesan dan selamat serta merupakan satu kaedah alternatif untuk menggantikan hormon terapi bagi mereka yang menopaus dan ia juga satu kaedah tradisi membaiki alat kelamin secara khusus.

Kaedah ini tidak memerlukan masa yang lama, hanya 30 minit dan mereka yang melakukannya tidak akan merasai sebarang perubahan dan kesakitan pada alat kelamin, malah dapat mencantikkan dan mengubah fungsinya menjadi lebih 'muda'

"Apa yang hendak ditekankan di sini ialah V2LR ini digunakan untuk membaikpulih bahagian vagina golongan wanita dan bukannya bahagian yang memerlukan rawatan pembedahan ataupun bahagian peranakan yang jatuh," katanya.

Tegasnya, cara menggunakan alat V2LR ini menerusi pancaran laser yang baharu dan eksklusif digelar Teknologi PSD (Pulse Shape Design) yang terbaik untuk membaiki keadaan tisu vulva dan vagina melalui sistem pengesan HiScan V2LR secara selamat dan selesa.

"Smartxide V2LR dapat membentuk semula mukosa secara berkala dan merangsang kolagen baharu serta hormon dan membantu mengekalkan keadaan vagina yang berkeadaan normal khususnya bagi wanita yang sudah menopaus.

"Satu alat yang dipanggil HiScanV2LR akan dimasukkan ke dalam vagina untuk satu tempoh tertentu sepanjang rawatan berkenaan," katanya yang memberitahu untuk sebarang pertanyaan mengenai kaedah ini boleh hubungi talian 03-7960 1788.


Tuesday, January 15, 2013

Kaedah Kalendar - Cara Semulajadi Merancang Keluarga

Sudah menjadi kebiasaan bagi pasangan baru berkahwin dan mendapat cahaya mata pertama, akan mula merancang keluarga bagi mendapatkan anak kedua.

Ini pilihan pasangan suami isteri mengenai cara untuk merancang keluarga. Terdapat pelbagai kaedah bagi merancang keluarga antaranya pengambilan pil perancang dan kaedah semula jadi.

Kaedah kalendar atau kaedah semula jadi ini juga dikenali sebagai kaedah ‘Rhythm’ atau Kaedah Kalender-Rhythm. Jika pasangan mengamalkan kaedah ini, anda hanya akan melakukan hubungan seks pada waktu yang dikira ‘selamat’ dalam putaran haid isteri, iaitu mengelakkan seks pada waktu isteri subur (jika tidak, gunakan kondom).

Untuk mengamalkan kaedah Rhythm, putaran haid perlu teratur dan tidak meragam. Formula untuk mengadakan hubungan seks pada waktu selamat mengikut kaedah Rhythm seperti berikut:

Sunday, December 30, 2012

Penyakit Sepanjang Tahun 2012

Sepanjang tahun 2012 banyak penyakit yang dipaparkan dalam Pancasihat Utusan Malaysia yang merangkumi penyakit kronik, masalah wanita, kesihatan kanak-kanak, masalah mata dan penyakit yang jarang ditemui dan berkaitan dengan imunisasi badan.

Jom kita imbas beberapa penyakit sepanjang tahun 2012 yang telah disiarkan di muka depan Pancasihat Utusan Malaysia dan menjadi rujukan pembaca.

1. PENYAKIT BERKAITAN IMUNISASI

TERDAPAT beberapa penyakit yang berkaitan dengan imunisasi badan yang menyerang manusia. Bulan Mei 2012 Pancasihat menyentuh mengenai penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus dengan tajuk 'Gangguan Sistem Imunisasi Badan'.

Penyakit ini masih asing di kalangan penduduk di negara ini sehinggalah kisah penyakit ini mula mendapat perhatian sekitar Mei 2005.

Selain itu penyakit berkaitan dengan kekebalan bakteria atau desebut superbug menjadi kisah muka depan Pancasihat di bawah tajuk 'Antibiotik Awasi Ambilan'

Superbug disebabkan oleh kekebalan bakteria selepas pesakit mengambil antibiotik secara tidak terkawal disiarkan pada 28 Oktober 2012.

Wednesday, December 19, 2012

Sembelit Kronik Akibat Kanser Usus

Pernahkah anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.

Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.

Kurang 3 Kali Seminggu

Sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.

Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40% najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75% najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.

Tuesday, December 4, 2012

Rawat Kencing Kotor

SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya membuat pemeriksaan di hospital kerana sukar membuang air kecil.

Keputusannya, saya tidak mengalami apa-apa penyakit serius dan ia hanya disebabkan masalah air kencing kotor.


Sejak itu, saya mula bimbang kerana air kencing berwarna kuning dan kuantitinya tidak seimbang (terlalu sedikit dan terlalu banyak).

Saya juga kerap membuang air kecil dan perut menjadi keras. Apakah masalah sebenarnya yang saya hadapi?

AZROY
Muar, Johor

Anda mengalami simptom sakit bahagian belakang berdekatan kawasan buah pinggang, kencing berwarna kuning dan kandungannya tidak menentu.

Begitupun, anda sudah merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Kemungkinan doktor lakukan ujian kencing dan mendapati air kencing anda ‘kotor’, istilah am digunakan doktor untuk menjelaskan mengenai air kencing mengandungi kristal, sel dan kuman.

Doktor juga menjalankan ujian imbasan atau ‘scanning’ terhadap pundi kencing dan kawasan buah pinggang dan mungkin tidak nampak apa-apa yang luar biasa seperti batu karang.

Bagi saya, masalah anda kerana kencing kotor dan kini doktor anda memberi ubat sewajar untuk anda makan.

Secara amnya, doktor terbabit sudah mengendalikan masalah ‘kencing kotor’ anda. Kini, anda perlu makan ubat sehingga habis dan ikuti nasihat doktor.

Anda juga perlu minum air dengan secukupnya. Bagaimanapun, jangan risau jika simptom lain muncul, sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan mengenai penyakit terbabit.

Kencing kotor tidak berbahaya tetapi harus dirawat. Paling penting, jangan mendiamkan diri dan berusaha seterusnya sehingga penyakit anda terubat.

Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby jawab on hMetro.


Saranan Keluarga Avail : I-FOOD / LISSELIFE / PRO-POLIS

Monday, December 3, 2012

Alat Sulit - Gatal Tak Hilang

SAYA pelajar universiti berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Selama enam bulan ini, saya mengalami kegatalan di bahagian alat sulit saya. Dalam tempoh ini, saya dirawat doktor berdekatan dengan rumah saya dan dia juga pakar ginekologi.

Walaupun hampir enam bulan saya berulang-alik ke kliniknya untuk mengambil pelbagai jenis ubat, keadaan saya masih sama malah bertambah teruk.


Doktor memberitahu ada jangkitan kulat di bahagian alat sulit saya dan saya sudah pun mengambil pelbagai jenis ubat. Harap doktor dapat membantu.

SHUBA,
Kuala Lumpur



SEKIRANYA jangkitan kuman ini datang daripada faraj, doktor boleh mengambil sampel lelehan menggunakan swab yang dimasukkan ke dalam lubang bahagian penghujung faraj tanpa mencederakan selaput dara.

Ujian air kencing juga akan dilakukan. Adakalanya ubat yang diberikan (antikulat) tidak sesuai kerana jangkitan terbabit adalah kuman bakteria.
Adakalanya kuman bakteria itu hanya serasi dengan antibiotik tertentu dan kebal dengan ubat tertentu.

Selain itu, elakkan memakai pelapik seluar dalam, seluar dalam yang ketat dan seumpamanya yang membuatkan faraj cenderung kepada jangkitan.

Dr Adilah Ahmat jawab - hMetro 
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan/IVF, Hospital Pantai Bangsar dan Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.


Saranan Keluarga Avail : Bertukarlah kepada Pad FC BIO SANITARY PAD AVAIL untuk antikulat dan masalah kegatalan berterusan, insyaAllah.

Monday, November 26, 2012

Hari Anugerah AVAIL - DISKAUN ! ! !

HARI ANUGERAH AVAIL KE  - 8 !!!

SEMPENA KONVEKESYEN dan PENGANUGERAHAN QM/BM/SM/GM/DM/CM/SCM
di PICC, Kami disini
berbesar hati membuat promosi untuk
PAD HERBA AVAIL [FC BIO SANITARY PAD]



ia dapat:-

Mencegah senggugut
Mengawalatur kitaran haid
Mencegah buasir
Membuangkan angin perut
Menghilangkan bau
Membuang darah beku di rahim
Mencegah keradangan dan membasmi kuman
Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
Menghilangkan kepanasan dan menguatkan rahim

======================================

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang