Sekali lagi, Kempen Kesedaran Payu Dara Estee Lauder diadakan dan dilancarkan dengan penuh meriah di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), Dataran Merdeka.
Kesedaran mengenai kanser payu dara dalam kalangan wanita amat penting.
" Penganjuran kempen seumpama ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran kepada wanita tetapi pada masa yang sama dapat mengesan lebih cepat sebarang tanda-tanda awal penyakit kanser payu dara dan sekaligus menyelamatkan ramai nyawa. "
Seperti tahun-tahun lalu, kad panduan pemeriksaan sendiri payu dara serta reben merah jambu diedarkan bagi memberi kesedaran pada wanita.
Manakala pada majlis pelancaran baru-baru ini, BSAS dan Menara KL meriah bermandikan cahaya merah jambu.
No comments:
Post a Comment