klik atas nuffnang

Monday, February 28, 2011

Kulit Wanita Asia Sensitif

Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.

Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.

Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik.

Menurut Naib Presiden bahagian Perkembangan Teknikal Dermalogica, Dr. Diana Howard, kajian terkini menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit alah dan sensitif seperti faktor genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan, kesan alam sekitar dan cuaca panas.

"Bagi mengenal pasti sama anda mempunyai kulit sensitif atau tidak, saya mencadangkan supaya anda perhatikan ciri-ciri fizikalnya seperti kulit yang nipis, tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, mengelupas dan mudah merah," jelasnya pada majlis pelancaran UltraCalming baru-baru ini.

Dr. Horward menerangkan bahawa secara biologi, kulit akan menjadi alah atau terasa rengsa bersama dengan lapisan epidermis atau lapisan pelindung kulit yang terjejas.

Dr. Howard mengingatkan bahwa kulit yang mudah sensitif, selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pra matang.

Bagi merawat dan menjaga kulit sensitif, seseorang itu perlulah mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca yang melampau.

Mereka hendaklah menggantikan fungsi perlindungan permukaan kulit dan melindunginya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap dan menggantikan lipid semula jadi serta mengelakkan kehilangan kelembapan dan menghalang agen alahan tanpa mengakibatkan ketidakselesaan.

Dalam pada itu, antara produk yang melindungi kulit seperti UltraCalming, sedia mengekalkan standard formula Dermalogica, semua produk ini bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti pewangi dan pewarna dan merawat kulit yang rengsa, kulit yang sangat reaktif dan kulit yang baru selepas pengelupasan.

Setiap produk dalam rangkaian ini mempunyai bahan utama yang membantu melegakan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan seperti ekstrak akar Red Hogweed, ekstrak kernel oat, halia dan bisabolol (bahan yang diperoleh daripada Chamomile).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang