klik atas nuffnang

Tuesday, February 15, 2011

menopaus

Apa itu menopause ?
  • Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid
  • Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat
  • Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap
Bila menopaus berlaku?
Menopaus berlaku di kalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.

Bolehkah menopaus berlaku sebelum usia 40 tahun?
Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopaus awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh: 

  • Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari
  • Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease
  • Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia
  • Jangkitan viral
  • Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.
Apakah tanda-tanda menopaus?
Tanda tanda menopaus terbahagi kepada:
  1. Gejala vasomotor
    • Panas dan kemerahan dimuka
    • Berpeluh
    • Denyutan jantung yang laju
    • Serangan kegugupan (panik)
    • Susah tidur
  2. Gejala mental
    • Emosi yang berubah-ubah
    • Suasana perasaan yang berubah-ubah
    • Keletihan
    • Kurang daya ingatan
    • Mudah tersinggung
    • Kurang daya seks
  3. Gejala saluran kencing/Urogenital
    • Kekeringan faraj
    • Kerap kencing
    • Kencing tidak terkawal
  4. Penyakit tulang
    • Tulang menipis (osteoporosis)
    • Ketinggian badan mengurang
    • Kepatahan tulang
  5. Lain-lain gejala
    • Kulit menipis ( atrophy )
    • Kehilangan anjalan kulit
    • Kulit kering
    • Rambut bertambah gugur
    • Mudah mendapat ruam
Apa itu keadaan panas dan kemerahan di muka?
85% wanita yang menopaus mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:
  • Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan
  • Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit
  • Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh
  • oleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.
Apakah komplikasi-komplikasi menopaus?
  • Penyakit jantung
  • Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )
  • Angin akhmar ( stroke )
Adakah rawatan untuk tanda tanda menopaus?
Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:
  • Makanan berkhasiat
  • Elakan merokok
  • Selalu bersenam
  • Berfikir secara positif
  • Melakukan pemeriksaan Pap Smear
  • Melakukan pemeriksaan payu dara
Rawatan hormon gantian ( HRT ), boleh mengurangkan simptom menopaus dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ), kekeringan faraj, masaalah kerap kencing, kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin.
Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:
  • Krim faraj
  • Menanam
  • Pil
  • Suntikan
  • Tampalan
  • Memasukan alat vaginal ring
Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?
Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:
  • Pemeriksaan menyeluruh termasuk payudara dan pemeriksaan pelvis
  • Papanicolaou smear
  • Mammogram
  • Fasting lipid profile
  • Fasting glucose level
  • Liver function test
Bolehkah HRT menyebabkan barah payudara?
Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT

Apakah kesan sampingan HRT?
Kesan sampingannya termasuk:
  • Kesan sampingan ringan:
    • Payu dara sakit bila disentuh
    • Kekejangan
    • Membengkak
    • Murung
    • Loya dan muntah
    • Sakit kepala
    • Pendarahan dari faraj
  • Kesan sampingan berat:
    • Barah payu dara
    • Serangan sakit jantung
    • Angin akhmar (stroke)
    • Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak
Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.

Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?
HRT tidak sesuai digunakan:
  • Mengandung
  • Penyakit hati yang aktif
  • Disyaki barah payu dara atau rahim
  • Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)
Di mana untuk mendapatkan bantuan?
Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.

Bahan Rujukan
  • Better Health Channel Feb 2004 Menopause
  • Better Health Channel Nov 2004 Premature menopause
  • Women's Health Community Dec 2004 Menopause
  • Family doctor org. Sept 2004 Menopause; What to expect when your body is changing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang