klik atas nuffnang

Saturday, April 30, 2011

Penyakit Ghout / Gout / Gaut

Masalah penyakit ghout merupakan penyakit yang semakin ramai penghidapnya di Malaysia.

Sudah tentu tabiat pemakanan menyumbang kepada penyakit tersebut.

Ramai dari kalangan pesakit ghout dikenalpasti kurang memakan sayur-sayuran atau tidak makan sayur langsung. Kebanyakan daripada mereka lebih banyak memakan daging, ayam dan makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang dan lain-lain lagi.


Makanan seperti ini akan meningkatkan paras asid urik dalam darah. Sebenarnya sakit ghout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk di dalam sendi-sendi.

Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki. Asid urik mudah turun ke bahagian kaki dan susah untuk naik kembali kebahagian atas badan.

Ia dianggap bendasing dalam badan dan satu siri serangan imunasi badan akan menyebabkan radang dan bengkak serta sakit ghout yang amat sangat.

Sakit ghout bukan sahaja dirasai secara fizikal tetapi juga memberi kesan kepada mental seseorang.

Ia menyerang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda awal, sungguhpun anda sudah menjaga tabiat pemakanan.

Apa yang menyedihkan lagi, ubat moden hanya berkesan untuk menahan rasa sakit buat sementara waktu sahaja. Apabila kesan ubat hilang, sakit akan kembali lagi.

Cara untuk mencagah penyakit ini haruslah bermula dari pemakan kita sendiri, dan ketahuilah sakit ghout ini juga berpunca dari asid urik yang berlebihan. Keluarkan toksik dari badan dan melancarkan perjalanan darah disamping senantiasa mengimbangi kandungan gula dan garam dalam darah.

Banyakkan minum air terutama air yang beralkali agar perkumuhan serta pelancaran pembuangan air kencing membantu pada tahap ini.

Pesakit ghout juga mempunyai kebarangkalian untuk terkena penyakit jantung, darah tinggi, batu karang, kegemukkan kencing manis dan lemah tenaga batin.

Hampir 30% pesakit ghout juga mengidap kencing manis.

Oleh itu jagalah pemakanan anda agar dijauhi penyakit ini.... Semoga artikel ini membantu anda di luar sana.

Saranan Keluarga Avail :  I - FOOD / LISSELIFE / PRO - POLIS

1 comment:

  1. Salam..
    Kalau ada penyakit ghout, boleh try minuman sarang burung walit as sunnah.
    InsyaAllah sembuh.
    http://www.muslimchoices.com/?p=sarang_burung_walit&s

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh