klik atas nuffnang

Tuesday, April 26, 2011

Gugur Tapi Tak Cuci

SAYA berumur 25 tahun, sudah berkahwin kira-kira dua tahun dan pernah mengalami keguguran, tetapi ia tidak dicuci.

Doktor memberitahu bahawa kandungan dalam rahim keluar sepenuhnya. Masalahnya kini, ramai rakan saya memberitahu jika tidak dicuci sukar untuk hamil semula.


Untuk pengetahuan doktor, saya keguguran pada Januari 2010 dan sehingga kini masih belum hamil.

Adakah benar kenyataan rakan saya itu kerana perkara ini sangat merunsingkan saya? 

ISTILAH ‘cuci keguguran’ atau lebih dikenali sebagai D&C selalu disalah faham sebagai prosedur membersihkan permukaan dalaman rahim daripada kesan ‘kekotoran’ pendarahan keguguran.

Prosedur D&C sebenarnya prosedur mengeluarkan, bukannya ‘membersihkan’. Dalam keguguran, D&C hanya perlu sekiranya pemeriksaan mendapati terdapat kemungkinan kandungan tidak habis keluar keseluruhannya.

Sekiranya kandungan masih ada yang tertinggal, ia boleh mengakibatkan pendarahan berterusan, jangkitan kuman dan seumpamanya.

Ia bukanlah menggunakan cecair pencuci, tetapi menggunakan batang besi berlainan saiz untuk membesarkan terowong serviks, alat tiub untuk menyedut keluar kandungan menggunakan kuasa vakum, alat pengapit untuk menarik keluar sisa kandungan dan alat curette untuk mengikis lapisan di dalam rahim.

Semua prosedur D&C ini dilakukan tanpa melihat terlebih dahulu secara langsung apa yang diambil atau dikikis, tetapi menggunakan pengalaman dan deria sentuhan seperti bergerigi ketika mengikis.

Oleh kerana ia dilakukan secara ‘membuta’, maka terdapat kemungkinan komplikasi seperti:


  • Sisa kandungan tidak habis keluar juga akhirnya (dan mengakibatkan pendarahan berterusan dan jangkitan kuman).
  • Pendarahan akibat prosedur itu sendiri.
  • Alat tertusuk menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakannya,
    malah ia juga boleh mencederakan organ lain seperti usus dan mengakibatkan pendarahan dalaman.
  • Risiko pembiusan.
  • Risiko jangkitan kuman akibat prosedur.

  • Penghakisan berlebihan sehingga mengakibatkan lapisan tengah rahim (myometrium) dan pembentukan jaringan lekatan sehingga mengakibatkan gangguan haid dan masalah kesuburan. 
  • Terdapat lapisan berbeza dalam dinding rahim. 
  • Lapisan terdalam dinamakan lapisan endometrium yang akan menebal seiringan dengan pembesaran kantung folikel telur, matang dan kemudiannya luruh sebagai darah haid sekiranya tidak berlaku kehamilan.

  • Sewaktu kehamilan, lapisan ini dinamakan desidua. Selain itu, ruang rahim yang kosong kini berisi kantung kandungan (janin, air ketuban) dan uri. Ruang tengah pula adalah lapisan berotot (myometrium) dan lapisan permukaan terluar rahim dinakana serosa. 
 
Anda boleh bertanya semula sama ada rakan anda membuat tanggapan sendiri ataupun memberitahu anda berdasarkan pandangan doktor mereka.

Sekiranya pemeriksaan mendapati kandungan sudah habis keluar, seseorang tidak perlu menjalani prosedur cuci, memadai mengambil antibiotik untuk melindungi jangkitan kuman ke dalam rahim (endometritis) menerusi luka lapisan dalaman yang masih belum sembuh itu.

Saranan Keluarga Avail : FC Bio Sanitary Pad / i - food / Pro - Polis
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang