klik atas nuffnang

Sunday, July 17, 2011

Masalah Haid

Jom kita lihat persoalan-persoalan yang berlaku di sekitar kita....Masalah haid yang membelenggu kitaran bulanan wanita sering terjadi. Minggu ni Keluarga Avail ingin berkongsi masalah sakit puan dari Akhbar tempatan Metro Harian oleh Doktor Adilah Ahmat.
Persoalan 1
Haid Isteri Tak Normal
SAYA ingin tahu masalah yang dihadapi isteri saya iaitu haidnya tidak teratur. Isteri merancang keluarga dengan kaedah suntikan tiga bulan sekali. Ketika suntikan, dia tidak didatangi haid dan kali terakhir suntikan pada Mac 2010.

Selepas itu, isteri saya berjumpa doktor yang memberikan ubat hormon tetapi haidnya tidak normal selepas mengambil ubat. Pada hari ketujuh, darah keluar sedikit dan apabila membuang air besar dan air kecil, darah keluar.

Darah itu seakan-akan warna merah cair, kadang-kadang berwarna coklat. Apabila bersama, darah akan keluar dan keesokan hari, darah keluar semula. Ia menghilang dan kemudian darah keluar semula sehingga hari ke-21.

Isteri saya melakukan Pap smear tiga tahun turut-turut. Kali terakhir pada September 2010 dan keputusannya normal. Isteri saya sudah buat imbasan di perut dan keputusannya juga normal.

Isteri saya berusia 35 tahun dan kami mempunyai empat anak. Isteri saya teringin mahukan anak lagi dan dia risau darah yang keluar ketika kami bersama.

Shah Alam, Selangor

Jawapan
SAYA cadangkan anda membawa isteri membuat pemeriksaan dengan pakar sakit puan. Suntikan pencegah kehamilan jarang memberikan kesan sebegitu setelah tamat penggunaannya melebihi enam bulan, apatah lagi setelah setahun.

Doktor mungkin akan mengulangi ujian Pap smear untuk mengetahui keadaan sel permukaan serviks (pintu rahim), kadangkala sewaktu alat spekulum dimasukkan, punca pendarahan seperti polip serviks dapat dilihat dan dibuang.

Selain itu, ultrabunyi pelvis (seeloknya dilakukan kaedah trans-vaginal) akan dilakukan bagi mengetahui keadaan lapisan dalaman rahim yang mungkin menjadi punca pendarahan terbabit serta ujian darah asas.

Doktor juga mungkin akan menasihati isteri menjalani prosedur mudah secara pembedahan kecil yang dinamakan histeroskopi bagi melihat secara langsung keadaan ruang dan lapisan terdalam rahim menggunakan teropong yang dimasukkan menerusi pintu rahimnya.

Sewaktu prosedur itu, doktor akan memotong atau mengeluarkan sekiranya terdapat sebarang ketumbuhan. Ia mungkin disudahi dengan prosedur D&C. Semua sampel ini akan dihantar untuk ujian makmal (ujian histologi) bagi mengetahui jenis penyakit pada lapisan haid anda (jika ada).

Prosedur itu lazimnya direkodkan secara video. Bagi hospital yang tidak mempunyai kemudahan itu, doktor mungkin akan mencadangkan prosedur D&C sahaja.

Persoalan 2
Lima Bulan Tanpa Haid

SAYA mengalami masalah haid tidak teratur selepas berhenti mengambil ubat perancang setahun lalu. Ada kalanya empat hingga lima bulan saya tidak didatangi haid.

Saya ke klinik swasta dan kerajaan untuk membuat pemeriksaan malangnya cuma diberi ubat tahan sakit dan ubat pembersih air kencing saja.

Saya membeli ubat hormon untuk mengeluarkan haid di farmasi berhampiran. Baru-baru ini saya membeli ubat hormon itu kerana sudah empat bulan tidak didatangi haid. Namun, haid saya tidak keluar dan saya mengalami sakit yang teramat sakit di sekitar pinggang dan perut saya.

Apakah punca haid tidak teratur? Adakah saya boleh mengambil ubat hormon terbabit untuk mengeluarkan haid sekali lagi selepas saya mengambilnya seminggu lalu?

Apakah kesannya terhadap rahim saya? Adakah saya boleh mengandung lagi disebabkan haid tidak teratur itu?

Kuala Lumpur.

Jawapan
HAID tidak teratur mempunyai beberapa punca berbeza, salah satu yang lazim adalah disebabkan oleh gangguan ovulasi (pengeluaran telur).

Ubat hormon yang diberikan untuk mengeluarkan haid kebiasaannya mengandungi hormon progestin yang menyerupai hormon progesteron tubuh kita.

Hormon progesteron hanya dihasilkan mencukupi setelah berlakunya ovulasi. Maka, ubat hormon progestin diberikan untuk menggantikan kekurangan hormon progesteron pada kitaran terbabit. Anda perlu berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak teratur yang anda alami dan pada masa sama, mengesan kemungkinan terdapat penyakit berkaitan kesuburan dan sakit lain seperti sakit perut atau pinggang yang anda alami. 

Persoalan 3
Lebih Setahun Tiada Haid

SAYA dalam dilema kini kerana sudah lebih setahun tidak didatangi haid. Saya berumur 22 tahun.
Berat badan saya 80 kilogram dengan ketinggian 153 sentimeter. Baru-baru ini, payudara sebelah kanan saya sakit dan saya takut jika saya mempunyai barah. Harap doktor dapat membantu.

Kuala Lumpur


Jawapan
SAYA tidak dapat membantu anda menerusi tilikan akhbar. Tiada guna anda bimbang jika anda tidak menjalani pemeriksaan doktor, setidak-tidaknya ia akan membantu mengesahkan penyakit sebenar anda.

Mungkin anda mempunyai masalah hormon yang menghalang pengeluaran telur (ovulasi) secara teratur setiap bulan.

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan keadaan terbabit. Jika berat badan anda berterusan meningkat sehingga mencapai 82 kilogram, anda termasuk dalam kategori obes morbid atau berpenyakit dengan peningkatan risiko penyakit jantung, diabetes mellitus (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi).

Eloklah anda berusaha menurunkan berat badan sebanyak empat hingga lima kilogram terlebih dulu dan diteruskan sehingga beransur mencapai 58 kilogram.

Persoalan 4
Haid Selama Tiga Minggu
SAYA berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami haid tanpa henti sejak tiga minggu lalu, biasanya haid saya hanya tiga hingga lima hari.
Kali ini, selepas satu setengah minggu, haid saya berhenti kemudian selepas dua hari, saya didatangi haid semula dalam kuantiti yang banyak.

Saya bekerja sebagai kerani akaun dan menghidap tekanan darah rendah. Apakah yang harus saya lakukan.

Kuala Lumpur

Jawapan
ANDA perlu berhati-hati dalam keadaan ini. Sewaktu pendarahan banyak, aliran darah tubuh boleh berkurangan sehingga menyebabkan kesan seperti tidak bertenaga malah mungkin pitam akibat tekanan darah rendah, lebih-lebih lagi jika berdiri dalam tempoh yang lama. Minum air secukupnya boleh membantu mengekalkan isi padu aliran darah buat sementara waktu.

Walaupun ini pertama kali berlaku dan mungkin tidak berulang, eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor. Haid yang banyak dinamakan menoragia manakala haid banyak dan berpanjangan pula dinamakan polimenorea.

Terdapat beberapa penyebab keadaan ini. Walaupun kebanyakan penyebabnya tidak berbahaya, pendarahan berterusan boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) dan komplikasi lanjut contohnya terhadap jantung.

6 comments:

  1. Salam 1 malysia..selalunya haid sy hanya 3-4 hari.tapi sekarang hampir 2 minggu haid sy tk berhenti..hanye 2 kali haid sy keluar dlm kuantiti yg banyk..smpai sekarng haid sy sikit sgt..bdn sy kadang lemh..sakit kepala..bila melakukn hubungn intim dgn suami drh keluar banyk pula..blh kah kami melakukn hubungn intim sepeti biasa?

    ReplyDelete
  2. sebagai permulaan perlu diketahui darah haid normal 5-7hari sahaja, jika ianya berlanjutan ke 2minggu bermkna ianya bermasalah/kitaran haid tidak menentu.
    mmg dlm keadaan haid masalah lemah/sakit kepala/stress sering berlaku ketika ini.
    hubungan intin seharusnya dihentikan seketika bagi menunggu kitaran haid anda normal utk kebahagian bersama.
    Apapun recheq/buat pemeriksaan dngn doktor utk kepastian n ketahui masalah sebenar puan adalah terbaik.
    saranan keluarga avail : gunakanlah PAD AVAIL [PANTILINER,PAD BIRU,PAD MERAH], I-FOOD & PRO-POLIS
    semga masalah puan ada penyelesaiannya.. amin

    ReplyDelete
  3. Saya ada masalah haid yang keluar sedikit sahaja walaupun pada hari pertama haid.Dan haid saya berwaran coklet.Masalah ini timbul bila saya selepas melahirkan anak pertama yang mana anak saya sekarang berumur 1 tahun 8 bulan.
    saya telah berjumpa dengan doctor dan bertanyakan masalah ini doctor menyatakan ini adalah masalah hormon.Namun saya berasa risau dan tidak berapa selesa dengan masalah ini walaupun haid saya normal setiap bulan...adakah masalh saya ini memudaratkan saya dibelakang hari?

    ReplyDelete
  4. jika haid anda normal... tak perlu fikir akan masalah di kemudian hari....
    tapi jika anda belum yakin akan tahap haid anda... gunakanlah sanitary pad avail.... untuk anda lebih yakin selepas ini... insyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Salam, umur saya 15tahun, tetapi sy masih belum dtg haid lg, payudara sy semakin membesar, kemaluan sy sudah tumbuh bulu dn ia semakin lebat, apa yg perlu sy buat utk dtg haid dgn cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda hampir matang..... biasanya tahap kematangan start pada umur 12 tahun.... jaga rutin anda..... pemakanan, bersenam, dan jngan terlalu stress...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh