klik atas nuffnang

Monday, August 22, 2011

sperma tikus ubat kemandulan

SEEKOR tikus kini bakal menjadi ubat kepada masalah kemandulan dalam kalangan lelaki apabila sekumpulan penyelidik dari Jepun menemui penyelesaian mengenai masalah itu.

Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Kyoto itu, mereka menggunakan sel induk embrionik tikus bagi membantu mengubati kemandulan manusia.

Sel induk daripada embrio tikus telah dipindahkan serta diubah menjadi sel awal dan dikembangkan ke dalam sperma tikus.

Sel tersebut seterusnya ditransplan ke dalam testis tikus mandul. Berdasarkan hasil uji kaji tersebut, tikus mandul akhirnya mampu menghasilkan sperma yang sihat.

"Setelah proses inseminasi, kami membuat dua set embrio yang kemudiannya dipindahkan ke dalam kandungan induk tikus

Seterusnya ia akan melalui proses kelahiran baka tikus secara reproduktif normal". kata Mitinori Saitou, ketua penyelidik di Universiti tersebut kepada Newsdaily.com

Kejayaan uji kaji tersebut ke atas tikus mandul mendorong penyelidik untuk menggunakan kaedah sama ke atas manuasia. Dengan menggunakan sel induk manuasia, mereka akan mengatasi masalah tersebut dan Saitou percaya bahawa sel induk manusia juga boleh dikembangkan menjadi sperma.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh