Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Universiti Kyoto itu, mereka menggunakan sel induk embrionik tikus bagi membantu mengubati kemandulan manusia.
Sel induk daripada embrio tikus telah dipindahkan serta diubah menjadi sel awal dan dikembangkan ke dalam sperma tikus.
Sel tersebut seterusnya ditransplan ke dalam testis tikus mandul. Berdasarkan hasil uji kaji tersebut, tikus mandul akhirnya mampu menghasilkan sperma yang sihat.
"Setelah proses inseminasi, kami membuat dua set embrio yang kemudiannya dipindahkan ke dalam kandungan induk tikus
Seterusnya ia akan melalui proses kelahiran baka tikus secara reproduktif normal". kata Mitinori Saitou, ketua penyelidik di Universiti tersebut kepada Newsdaily.com
Kejayaan uji kaji tersebut ke atas tikus mandul mendorong penyelidik untuk menggunakan kaedah sama ke atas manuasia. Dengan menggunakan sel induk manuasia, mereka akan mengatasi masalah tersebut dan Saitou percaya bahawa sel induk manusia juga boleh dikembangkan menjadi sperma.
No comments:
Post a Comment