klik atas nuffnang

Tuesday, November 6, 2012

Cara Menghapuskan Bulu Roma

Petua Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.


Info Kaedah buang bulu
Kaedah hilangkan rambut/bulu sementara

1. Bercukur
Ia bersifat sementara. Bercukur tidak menyebabkan rambut tumbuh lagi tebal, cepat atau banyak. Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit. Pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang menyebabkan bulu atau rambut yang tumbuh selepas dicukur kelihatan lebih tebal.

2. Mencabut bulu
Agak menyakitkan tetapi kesannya lebih lama berbanding bercukur. Namun begitu bulu tetap akan tumbuh semula.

3. Melilin
Lilin yang panas dituang pada kulit. Apabila sejuk rambut akan melekat pada lilin dan ditarik keluar daripada kulit. Selain itu kaedah ini juga menggunakan gula seakan-akan karamel yang panas dituang di atas kulit. Caranya sama cuma apabila selesai, proses mencuci sugar wax lebih mudah berbanding kaedah tradisional.

4. Depilatories
Bahan kimia yang digunakan adalah thioglycolate dicampur dengan sodium hydroxide atau calcium hydroxide. Ia secara langsung 'mencairkan' rambut . Masalah utama adalah kesan sampingannya kerana bahan kimia ini boleh 'mencairkan' sel kulit juga.

Info Kaedah buang bulu
Kaedah kekal

1. Elektrolisis
Menggunakan jarum halus untuk mengalirkan elektrik terus ke folikel rambut. Secara teorinya, kesan elektrik ini membakar folikel rambut. Elektrolisis adalah salah satu cara untuk membuang rambut secara kekal. Namun begitu, masa yang diambil untuk prosedur ini adalah lama, sakit dan memerlukan seorang yang mahir untuk melakukannya.

Prosedur ini perlu dilakukan setiap 12 ke 18 bulan. Kesan sampingan adalah pembentukan keloid, hyperpigmentation dan hypopigmentation.

2. Laser
Rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis-jenis laser yang digunakan untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Konsep membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode dan Long Pulse Nd:YAG.

Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu roma adalah tebal maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar bulu roma. Bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser dengan baik. Kandungan melaninnya yang rendah maka ia tidak mati. Oleh itu laser perlu dibuat beberapa sesi selang 6 hingga 12 minggu. Ini bertujuan membolehkan bulu roma di fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.

Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah mana kala mereka yang berkulit gelap, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse Nd:YAG.

Di klinik Marissa Esthetic contohnya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran Alma Laser yang merupakan syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu hebat dan sesuai bagi kulit orang Asia serta mampu menghapuskan bulu roma dengan berkesan

kredit utusan.com.my

Cara mudah buang bulu
BERBANDING lelaki, wanita mudah risau apabila tubuh ditumbuhi bulu roma yang dianggap agak berlebihan.

Kaedah lazim untuk menyingkirkan bulu pada tangan, kaki serta anggota tubuh lain adalah bercukur atau menyapu krim meskipun cara itu ada kekurangannya.

Antara pilihan mudah adalah menggunakan kaedah salutan lilin untuk menghapus kehadiran bulu pada tubuh dengan lebih berkesan.

Kaedah itu tidaklah menyingkirkan bulu roma secara kekal, tetapi ia bertindak menghapuskan bulu roma daripada bahagian akarnya. Bulu tidak akan tumbuh semula dengan pantas sebaliknya, bulu akan hanya tumbuh dalam jangka masa tiga hingga enam minggu selepas ia dicabut.

Apabila ia tumbuh semula, bulu lebih lembut manakala kaedah mencukur biasanya membuatkan bulu tumbuh semula dalam masa hanya beberapa hari dengan bulu yang agak kasar.

Pada masa sama, kaedah membuang bulu roma menggunakan salutan lilin ini juga bertindak sebagai pengelupasan lembut untuk menyingkirkan sel mati pada kulit, sekali gus membuatkan permukaannya lembut.

Caranya memang mudah iaitu dengan menyapu lapisan nipis lilin pada permukaan kulit berbulu. Kemudian, kain atau kertas ditekap pada bahagian atas dan ia ditarik dengan cepat, pada arah berlawanan pertumbuhan bulu itu.

Malah, kaedah ini boleh digunakan untuk menyingkirkan bulu pada hampir semua bahagian tubuh.

Rangkaian kedai Strip yang mula bertapak di Malaysia sejak 2006 kini memperkenalkan kaedah membuang bulu roma dengan salutan lilin menerusi beberapa rumusan khas.

Rumusan lilin strawberi berwarna merah jambu mengandungi ciri nyaman dan lembut bunga chamomile Jerman dan lidah buaya. Cirinya yang menenangkan ini hasil daripada campuran bahan aromaterapi ditambah dengan titanium dioksida untuk menjadikan lilin begitu lembut pada kulit yang turut direka untuk kesesuaian kulit paling sensitif. Strip memberi keutamaan kepada tiga perkara utama iaitu kebersihan, kepantasan dan kualiti.

Justeru, ia mengamalkan kaedah pencelupan sekali saja yang mana spatula baru digunakan untuk setiap aplikasi lilin pada kulit.


Membuang bulu di badan dengan Pad Mikro-Kristal
Crystal Clear Hair Remover (buang bulu di badan dengan kaedah selamat dan tahan lama)

Tiada Lagi Bahan Kimia yang Kuat, Pencukur, Elektrolisis, Pencabut Bulu yang Menyakitkan.Buang Bulu Roma yang Tidak Diingini dengan Sentalan Lembut.
Selamat, Lembut dan Tidak Menyakitkan.Bulu Roma Tumbuh dengan Halus dan Perlahan dengan Setiap Kali Penggunaan.

Cepat, Mudah dan Boleh Digunakan di Mana Sahaja.

Keluarga Avail : Kami tidak bertanggung diatas apa² risiko dari perkongsian ini. Harap Anda fikir sebelum mencubanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang