klik atas nuffnang

Monday, October 24, 2011

Kesan Kolesterol Dalam Badan

Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol.
Kolesterol sering disalahertikan dalam sebahagian diet harian kita. Kebanyakannya tahu bahawa mereka sepatutnya mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi ramai diantaranya yang tidak mengetahui apa sebenarnya kolesterol itu. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang kesan kolesterol di dalam badan.

Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus. Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.

Monday, October 17, 2011

Demam Panas dan Sawan

Mungkin ramai yang tak tahu apakah yang di katakan demam sawan..
kalian boleh rujuk entry ni untuk maklumat lebih lanjut berkaitan demam sawan atau febrile fit .

Tanda-Tanda Demam Panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital ok..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Thursday, October 13, 2011

Sudut Persoalan i-Food

1. Kenapa kita memerlukan i-Food?

Kebanyakkan orang suka memakan makanan yang telah diproses, dihalus dan makanan segera, tetapi mengabaikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan vitamin, zat galian dan serat. i-Food diperbuat daripada pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan, membekalkan kita khasiat-khasiat penting yang diperlukan setiap hari. Ia berupaya menghalang penyerapan bahan-bahan yang merbahaya dan membantu menyingkirkan toksik-toksik yang terkumpul dalam badan. i-Food merupakan suplemen keperluan harian yang mencergaskan badan dan mencerdaskan minda kita.

2. Adakah vegetarian sesuai memakan i-Food?

i-Food diperbuat daripada ramuan tumbuhan semulajadi. Ia mengandungi pelbagai jenis khasiat yang penting terutamanya vitamin B12, sejenis khasiat utama yang selalunya kurang di kalangan vegetarian. Vitamin B12 boleh mencegah anemia dan meningkatkan daya ingatan. i-Food ialah makanan penjagaan kesihatan pilihan terbaik bagi para vegetarian.

3. Sesuaikah wanita hamil meminum i-Food?

Sesuai. i-Food membekalkan zat-zat penting yang diperlukan oleh ibu mengandung dan janinnya, terutamanya asid folik, vitamin B12 dan asid amino.

4. Apa kelebihan i-Food terhadap pesakit kronik (kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser dan lain-lain)?

i-Food berkesan menurunkan tahap gula dan kolesterol yang berlebihan dalam badan, membantu proses detoksifikasi hati, menyingkirkan bahan kimia ubat-ubatan dan toksik yang terkumpul dalam badan. Dicadangkan meminum i-Food setiap pagi dan malam sehari.

5. Apa kelebihan i-Food terhadap mereka yang hendak menguruskan berat badannya?

i-Food berupaya meningkatkan kadar metabolisma, mengawal niat memakan, mengawal penyerapan lipid dan bahan merbahaya dalam makanan, anti-pengoksidaan dan menyingkirkan bahan buangan yang terkumpul dalam badan. Dicadang meminum i-Food setengah jam sebelum setiap kali makan.

bebaskan diri dari ekzema

Bebaskan si kecil daripada seksa ekzema

MELIHAT kegelisahan si kecil tidak boleh duduk diam kerana gatal-gatal dan ruam di badan pasti merunsingkan hati si ibu.

Tambah memilukan apabila kesan kegatalan tersebut menyebabkan kulit si kecil menggelupas dan kemerah-merahan di seluruh badan.

Situasi ini kerap dialami oleh penghidap ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah.

Biarpun penyakit ini tidak mendatangkan bahaya dan mengancam nyawa, namun penyakit ini semakin kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan alahan serta keadaan persekitaran dan udara yang tidak bersih.

Bahkan mengikut statistik Persatuan Dermatologi, ekzema atopik merupakan penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak berbanding satu hingga tiga peratus berlaku kepada golongan dewasa.

Saturday, October 8, 2011

Cara Buang Tahi Lalat

KETIKA diperkenalkan rawatan membuang tahi lalat, ada yang terfikir apakah hukumannya?

Ada pakar agama berpendapat, seandainya tahi lalat terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya. Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah.

Dalam konteks ini, membuang tahi lalat sebenarnya perlu sekiranya tahi lalat makin membesar dan berubah warna (merah, coklat, kehitaman). Manakala tahi lalat berambut dikatakan bahaya kerana ia boleh mengundang kanser sel basal (bengkak-bengkak pada badan atau sembap kerana sakit beri-beri). Selain rawatan alternatif, terdapat pelbagai rawatan moden seperti laser untuk membuang tahi lalat.

Masalah Rambut

Stres punca rambut gugur?

RAMBUT tumbuh di merata badan manusia kecuali di tapak tangan dan di tapak kaki. Ada sesetengah rambut tumbuh terlalu halus sehinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.

Namun begitu rambut yang tumbuh di kepala paling menjadi perhatian sama ada lelaki atau wanita. Maklumlah, rambut adalah mahkota.

Secara purata, seorang dewasa mempunyai 100,000 ke 150,000 helai rambut. Rambut gugur lebih kurang 100 helai sehari, oleh itu jika anda menjumpai beberapa helai rambut di sikat ketika berdandan, janganlah risau.

Pertumbuhan rambut terbahagi kepada tiga fasa.

Fasa Anagen: Fasa penumbuhan aktif jangka masa 2 ke 6 tahun
Fasa Catagen: Fasa di mana rambut yang aktif memanjang berhenti dari memanjang. Jangka hayat dua ke tiga minggu
Fasa Telogen: Fasa di mana rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua ke tiga bulan.

Dalam setiap masa lebih kurang 90 peratus rambut kita dalam fasa Anagen dan dalam setahun rambut kita memanjang sebanyak 6 inci secara purata. Namun begitu semakin berusia, kadar pemanjangan rambut semakin lambat.

Thursday, October 6, 2011

Kesesakan cetus serangan jantung?

KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.

Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Selain degupan jantung yang cepat dan badan banyak berpeluh, lain-lain tanda amaran stres termasuklah loya, bernafas kencang, cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil, sejuk kaki dan tangan, berubah selera makan (tidak lalu makan atau makin bertambah), keinginan seks menurun, sakit-sakit badan yang tidak diketahui puncanya, tidak dapat menumpukan perhatian dan gangguan tidur.

Cuba bayangkan setiap hari kita berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, tanpa disedari anda mula stres dan simptom-simptom tersebut muncul.

Anda juga bakal berhadapan dengan pembunuh senyap atau kematian mengejut akibat serangan jantung.

Wednesday, October 5, 2011

Antibiotik Elakkan Berjangkit

LEE (bukan nama sebenar) mengalami batuk-batuk. Seperti orang lain, pada mulanya dia hanya membiarkan saja. Selepas lima hari batuk lelaki berusia 30-an ini masih tidak pulih, malah bertambah teruk, dia mula mengambil ubat batuk yang dibeli di farmasi.

Tabiat merokok yang menjadi amalannya sedari zaman remaja tetap diteruskan. Walaupun orang di kelilingnya menyarankan agar dia berhenti, namun dalam hatinya berkata, "arghhh, mana mungkin peneman setia yang satu ini ditinggalkan."

Hampir dua minggu mengalami batuk berkahak dan ubat yang dibeli tidak menunjukkan kesan, Lee terus berjumpa dengan doktor di klinik biasa.

Doktor memberinya ubat berserta antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa lima hari. Mungkin dengan pemakanan ubat yang betul, batuk yang dialaminya berkurangan selepas dua hari.

Yakin dengan kesihatan diri, Lee tidak menghabiskan antibiotik seperti yang dipreskripsi oleh doktor. Pada fikirannya, dia sudah sembuh. Lagi pun dia tidak rasa penyakitnya serius, sekadar batuk biasa saja.

Beberapa hari selepas itu, penyakit batuk-batuknya datang kembali. Bukan setakat batuk, kadangkala dia juga merasa seperti sesak nafas dan sakit di bahagian dada. Dia juga seperti rasa mahu demam.

Penyakit Kayap Melibatkan Urat Saraf

Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.

Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.

Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.

Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.

Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.

"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.

Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.

Monday, October 3, 2011

Perkara penting selepas pembedahan payudara

Perkara yang biasa berlaku selepas pembedahan payudara:
  • Biasanya anda boleh bangun dari katil pada hari yang sama selepas   pembedahan. Selepas beberapa hari, doktor akan membenarkan anda pulang   ke rumah.
  • Tempoh tinggal di hospital bergantung kepada keputusan pembedahan.
  • Anda mungkin mengalami rasa sakit atau tidak selesa.
  • Jahitan pada luka pembedahan mungkin terasa ketat dan tegang.
  • Jika nodus limfa di bawah ketiak anda dibuang, ketiak anda juga akan rasa tidak selesa.
  • Anda boleh minta doktor memberikan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan.
  • Pesakit mungkin boleh mengambil makanan biasa sehari selepas pembedahan. Pesakit juga boleh berjalan di kawasan hospital.
  • Pesakit biasanya dinasihatkan supaya tidak mandi sehingga tiub pada   kawasan pembedahan dialihkan dan luka kelihatan mulai sembuh.
  • Selepas pembedahan, pesakit akan diajar kedudukan lengan yang betul dan senaman mudah untuk membantu mencegah ketegangan serta mengurangkan bengkak. Perkara ini sangat penting kerana ia kerap berlaku pada pesakit.
  • Pesakit dinasihatkan untuk meneruskan senaman ini selepas balik ke rumah.
  • Ketika ini pesakit mungkin sudah tidak berasa sakit. Pada mulanya,   garis jahitan pada tempat yang dibedah boleh dilihat. Ia juga mungkin   akan bengkak dan nampak pucat. Usah risau, masalah ini akan hilang   perlahan-lahan. Bengkak akan surut dan kulit anda akan kembali ke warna   asal.
  • Selepas beberapa bulan, parut jahitan juga akan  pudar. Anda mungkin  berasa bahagian dada seperti dicucuk-cucuk dengan  jarum. Malah ada juga  pesakit yang terasa kebas pada kawasan parut dan  ketiak.

Penjagaan luka

Penjagaan luka sangat  penting. Untuk mempercepatkan ia sembuh, luka  anda perlu sentiasa bersih  dan kering. Justeru, tutup balutan luka  sebelum mandi dan tukar balutan  ini jika ia basah atau kotor.

Pantau perkembangan luka anda.  Lihat jika ada tanda jangkitan seperti  demam, kawasan luka menjadi  merah, ada nanah atau berdarah.

Jika tanda ini ada, usah  bertangguh lagi. Segeralah berjumpa doktor.  Jangan biarkan jangkitan  berterusan kerana ia bukan saja boleh  membuatkan luka lebih lambat  sembuh malah meninggalkan parut dan  meningkatkan kos rawatan.

Sebenarnya  ada banyak lagi maklumat penting yang perlu anda ketahui  mengenai  penjagaan selepas rawatan. Semuanya dicatatkan dalam dalam  buku ‘Saya  Ada Kanser Payudara! Apa Tindakan Selanjutnya?’ yang  disediakan Hospital  Assunta. Buku kecil percuma ini akan mula diagihkan  pada pertengahan  Oktober ini.

Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD / I-FOOD / PRO-POLIS

Persediaan menerima / menjalani rawatan payu dara

Persediaan terima rawatan

Tidak kira bagaimana sedih pun, ada satu perkara penting yang perlu kita ingat iaitu kanser payudara adalah penyakit yang mudah berkembang dan merebak.

Anda beruntung jika ketumbuhan anda disahkan jenis benigna (boleh membesar tetapi tidak merebak).

Bagaimanapun, ia masih perlu dirawat dan wanita yang ada ketumbuhan benigna berisiko tinggi mendapat kanser payudara.

Prosedur rawatan kanser termasuk kanser payudara umumnya membabitkan pembedahan.

Keperluan untuk kemoterapi atau radioterapi bergantung kepada keadaan setiap pesakit.

Justeru, ada baiknya jika kita mengambil tahu serba sedikit mengenai persediaan sebelum menjalani rawatan. Antara pertanyaan yang kerap diajukan ialah:

1. Berapa lama tempoh pembedahan?

Tempohnya bergantung kepada jenis pembedahan yang diperlukan. Contohnya jika pembedahan memerlukan bukaan besar dan membabitkan bahagian ketiak, ia mungkin mengambil masa kira-kira sejam.

Pembedahan pembuangan payudara (mastektomi) dan membabitkan bahagian ketiak serta pemasangan untuk pod kemo (saluran memasukkan ubat kemoterapi) biasanya mengambil masa dua jam.

2. Berapa lama pesakit perlu mengambil cuti sakit?

Tempohnya tertakluk kepada sama ada pesakit memerlukan kemoterapi atau radioterapi selepas pembedahan.

Jika pesakit hanya perlukan pembedahan, biasanya dia perlu mengambil cuti sakit selama empat minggu untuk pulih. Sekiranya rawatan lain diperlukan, pakar onkologi atau radioterapi akan membuat pelan cuti untuk pesakit.

3. Adakah pesakit perlu memberitahu ketua atau rakan dia menghidap kanser payudara?

Terpulang kepada pesakit sendiri. Tiada paksaan. Sesetengah wanita memilih untuk merahsiakannya kerana bimbang ia boleh menjejaskan perkembangan kerjaya mereka. Sesetengah wanita tidak kisah dan berasa perlu untuk kawan-kawan tahu mengenai keadaannya.

Apapun pilihan anda, yang penting anda mesti dalam keadaan tenang dan tabah ketika memberitahu penyakit anda kepada kawan-kawan.

Bimbang jika ada orang beranggapan anda mencari simpati atau cuba ‘lari’ daripada bebanan kerja.

Ada pakar berpendapat ia lebih baik diberitahu kepada orang yang rapat termasuk keluarga dan rakan-rakan kerana sebagai pesakit, anda sangat memerlukan sokongan.

Sokongan ini bukan saja daripada segi moral malah dalam bentuk fizikal, khususnya jika pesakit ada anak kecil atau yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, memang ada pesakit meminta doktor merahsiakan penyakit mereka kerana mahu memaklumkan sendiri kepada keluarga apabila sudah bersedia dan tiba masa yang difikirkan sesuai.

4. Adakah pesakit masih boleh bekerja selepas pembedahan? Atau perlu berhenti kerja?

Tidak perlu berhenti kerja. Malah pesakit digalakkan untuk terus bekerja selepas luka pembedahan sembuh supaya mereka tidak terlalu memikirkan soal penyakit yang dihidapi.

5. Adakah pesakit memerlukan bantuan selepas pembedahan? Jika ya, berapa lama?

Anda mungkin tidak memerlukan bantuan selepas pembedahan kerana anda boleh berdikari untuk menguruskan diri sendiri.

Bagaimanapun, keadaan setiap pesakit mungkin tidak sama. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlukan bantuan terutama soal pengurusan anak, kerja rumah, memasak dan memandu.

Lebih baik jika ada seseorang boleh menghulurkan bantuan di rumah terutama dalam tempoh tiga hingga empat minggu pertama selepas pembedahan supaya pesakit dapat menumpukan perhatian kepada proses pemulihan.


Jangkaan selepas pembedahan

Selepas sedar daripada pembedahan, anda akan dapati luka pembedahan dibalut dan ada tiub yang dimasukkan ke bahagian dibedah tadi untuk mengeluarkan cecair berlebihan dari badan. Ini penting supaya luka pembedahan itu cepat sembuh.

Anda juga mungkin terkejut apabila mendapati banyak tisu yang dibuang dari kawasan payudara anda. Nodus limfa yang terletak di bawah ketiak pada belah yang sama biasanya turut dibuang dalam pembedahan bagi memastikan pelan rawatan anda.

Ada wanita bimbang penampilannya akan berbeza selepas pembedahan. Sebenarnya tiada siapa tahu anda sudah hilang sebelah atau sebahagian daripada payudara anda kecuali anda sendiri yang memberitahu mereka.

Jadi anda boleh jalani hidup seperti biasa tanpa perlu risau pandangan orang lain.

Rasa sedih akibat hilang sebahagian, sebelah atau kedua-dua belah payudara adalah perkara normal. Ia dirasai semua pesakit kanser payudara. Anda harus ingat, payudara hanyalah sebahagian daripada anda dan anda masih lagi orang yang sama seperti sebelum pembedahan.

Tanda Kanser Payudara

Meskipun kanser payudara adalah kanser utama di kalangan wanita di negara kita, masih ada yang kurang pasti mengenai tandanya.

Antara tanda kanser payudara yang perlu diperhatikan ialah:
  • Benjolan atau pengerasan pada atau berdekatan payudara atau di bawah ketiak.
  • Banyak benjolan kecil mungkin dirasa seperti kacang.
  • Berlaku perubahan saiz atau bentuk payudara.
  • Ada lelehan jernih atau berdarah daripada puting susu.
  • Ada perubahan pada kulit payudara sama ada menjadi berlekuk, berkedut, bersisik atau radang.
  • Kulit payudara atau puting menjadi merah.

Kecekalan Pesakit Kanser Payudara

Bukan berakhir hidup

KISAH kecekalan pesakit kanser payudara memang mengagumkan dan tidak hairan jika ia terus mendapat perhatian walaupun selalu dipaparkan. Lantaran kerap diceritakan, ada sesetengah pihak menganggap ia sebagai kisah biasa yang tidak lagi memberi kesan di hati mereka.

Memang ia sebahagian kisah masyarakat kita. Sedihnya, walaupun kerap disiarkan, ia tidak mampu mengekang jumlah pesakit.

Kes kanser payudara di negara kita semakin bertambah iaitu daripada 4,048 orang pada 2000 kepada 6,991 kes (2004) dan 8,632 kes (2008) yang mewakili 13 peratus daripada keseluruhan kes kanser di seluruh negara.

Di negara kita, kanser payudara menjadi kanser utama meragut nyawa wanita. Pendaftar Kanser Kebangsaan melaporkan satu dalam 20 wanita di negara ini berhadapan penyakit berbahaya itu.

Lebih menyedihkan, kebanyakannya lewat dikesan kerana ramai yang mengambil sikap tidak endah apabila disuruh menjalani pemeriksaan.

Kerap hamil jejas tulang

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang