klik atas nuffnang

Tuesday, February 21, 2012

SOALAN
Saya ingin mengemukakan persoalan berkaitan dengan masalah yang saya hadapi. Saya seorang lelaki yang berusia 24 tahun. Apa yang menjadi kerisauan saya selama ini adalah saiz dan panjang zakar saya.

Panjangnya kira-kira satu inci sahaja dan berukuran kira-kira empat inci ketika mengalami ketegangan.

Saiznya juga tidak begitu besar. Adakah keadaan tersebut normal jika dibandingkan dengan usia saya sekarang?
Saya risau sekiranya terdapat permasalahan pada zakar saya. Adakah terdapat cara untuk memanjangkannya? Untuk pengetahuan Prof., sebelum ini saya gemar melakukan onani. Apakah perbuatan tersebut menyebabkan keadaan ini? Saya benar-benar buntu dan berharap Prof. mempunyai jawapannya.
n DD, Johor.

JAWAPAN
Mungkin elok kita mulakan dengan mengatakan bahawa saiz zakar saudara masih dikategorikan sebagai normal. Ini mengandaikan saudara membuat pengukuran yang tepat. Pengukuran saiz bukan sahaja melibatkan panjang bahkan lebar zakar itu juga. Pengukuran saiz zakar perlu dilakukan beberapa kali dalam waktu yang berlainan kerana saiznya boleh berubah bergantung kepada masa, cuaca, tahap keghairahan, kekerapan hubungan seks dan beberapa faktor lain lagi.

Kajian berkenaan dengan saiz zakar ini berbeza-beza. Bagaimanapun, secara puratanya adalah antara 12.9-15 sentimeter (5.1-5.9 inci) semasa tegang. Ukuran saiz zakar flaccid atau sewaktu lembik adalah tidak tepat. Pada umur saudara, memang saiz zakar tidak akan meningkat dengan ketara kerana biasanya tumbesaran zakar berlaku antara umur setahun ke lima tahun dan seterusnya lima tahun selepas seseorang itu akil baligh.

Keadaan yang dipanggil micropenis atau saiz zakar yang kecil adalah apabila ia kurang daripada tujuh sentimeter atau tiga inci semasa tegang. Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti masalah hormon atau genetik.

Kekerapan beronani sebenarnya tidak ada kaitan dengan saiz zakar walaupun saya banyak berjumpa pesakit yang mengatakan saiz zakar mereka mengecut disebabkan perbuatan tersebut. Ada juga menjadi panik dan merasakan zakar mereka menjadi semakin kecil dari semasa ke semasa tetapi apabila dibuat pemeriksaan ternyata ia tidak benar.

Terapi hormon
Walaupun pelbagai cara termasuk pembedahan boleh dilakukan bagi membesarkan zakar, saya amat jarang menasihatkan pesakit saya mengambil langkah itu. Cuma, jika terbukti ia disebabkan oleh masalah hormon, mungkin terapi hormon adalah sesuai.

Ramai lelaki ingin membesarkan zakar dengan cara-cara yang bahaya. Saya pernah merujuk pesakit yang mengalami zakar yang 'rosak' apabila menyuntik bahan kimia dengan harapan membesarkannya.

Kajian juga menunjukkan memang lelaki akan merasa bangga mempunyai zakar yang panjang dan lebar .

Hakikat sebenarnya kenikmatan hubungan seks tidak memerlukan zakar yang panjang dan lebar kerana tempat-tempat yang paling sensitif bagi wanita, contohnya kelentit berada di bahagian luar faraj sahaja.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bermotivasi tinggi boleh mencuba buku exercising the penis karya Aaron Kemmer yang boleh didapati di amazon.com. Ia mungkin berkesan kepada saudara.

Jika saudara masih tidak berpuas hati, buatlah pemeriksaan lanjut dengan doktor di tempat saudara.

Rujukan : Utusan Malaysia

Saranan Keluarga Avail :  I-FOOD / PRO-POLIS / LISSELIFE / MAN PLUS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang