MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang
bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan
diri.
Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa. -Keluarga Avail
1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat
untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga
segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih
ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.
2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi
pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah
makanan habis dicerna oleh tubuh.
3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan
masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan
bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.
4 Pelembap - Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air
sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap
wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.
5 Pelembap bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah
yang biasa berlaku pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu
membawa pelembap bibir ke mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih
pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kamu kelihatan pucat.
6 Losyen badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami
kekeringan akibat kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang
mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan
seluruh badan.
7 Skrub - Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini
kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati
sehingga kulit kelihatan kusam.
Saranan Keluarga Avail :
FC SANITARY / I-FOOD / WOMAN LOBATA