Warga tua sama ada ibu bapa, nenek atau datuk juga teringin mengunjungi destinasi percutian bersama anak-anak serta cucu.
Namun, disebabkan faktor usia dan kesihatan, ramai anak jarang membawa warga tua melancong bersama terutamanya jika tempat yang dikunjungi jauh atau dengan menaiki kapal terbang.
Faktor usia dan kesihatan bukan menjadi masalah untuk warga tua melancong asal ada perancangan awal terutama kesihatan mereka.
Tip melancong kali ini mungkin berguna bagi anda yang mahu bercuti bersama warga tua ke destinasi pilihan.
Sebelum memulakan perjalanan, lebih baik anda membawa ibu bapa, nenek atau datuk untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terutama jika mempunyai penyakit serius.
Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan itu, anda bukan saja boleh mengetahui tahap kesihatan mereka, tetapi mendapat tip berguna daripada doktor sepanjang bercuti.
Dengan usia yang semakin meningkat, ketahanan badan sudah tidak sekuat dulu. Justeru, ketika pergi melancong, membawa bekalan ubat-ubatan adalah sangat penting dan satu keutamaan.
Ia bukan sekadar membawa ubat, tetapi keperluan itu perlu mencukupi sepanjang tempoh bercuti bagi mengatasi masalah kesihatan.
Ada kalanya, ubat yang digunakan ibu bapa, nenek atau datuk tidak sama dengan yang ada di tempat yang dilawati. jadi, persiapan awal amat penting.
Ubatan yang dibawa juga biarlah lengkap dengan label bagi mengelak kekeliruan terutama apabila diserang sakit.
Ke mana pun destinasi percutian yang dikunjungi, pakaian adalah satu lagi perkara penting.
Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan terutama apabila berlakunya pertukaran cuaca di lokasi percutian.
Ia bagi mengelak daripada terkena penyakit termasuk selesema kerana cuaca sejuk.
Apa pun yang dilakukan, warga tua memang mudah untuk merasa letih.
Justeru, pastikan mereka mendapatkan rehat yang cukup di setiap perhentian.
Warga tua memang memerlukan lebih banyak rehat berbanding individu lain.
Ia amat penting supaya mereka segar semula dan mempunyai tenaga untuk ke lokasi-lokasi menarik seterusnya.
Dengan cuaca yang tidak menentu, pengambilan air secukupnya adalah penting. Warga tua juga perlu kerap minum air bagi mengelak berlaku penyahhidratan (dehydration) apabila cuaca panas.
Cuba pastikan perut tidak kosong sepanjang bercuti dan makan mengikut masa. Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan.
Jangan lupa untuk membawa barang keperluan diri yang sering digunakan mereka. Warga tua juga punya penjagaan diri mereka untuk kelihatan lebih segak dan bergaya selain menjaga keterampilan diri.
Krim pelembap juga adalah barangan yang harus dibawa supaya kulit tidak kering atau terutama kepada mereka yang mempunyai alahan kulit.
Sesetengah warga tua masih mengambil minuman beralkohol. Tetapi, ketika bercuti, kurangkan atau jangan mengambil terus minuman beralkohol bagi mengelak diserang penyakit yang tidak diduga.
Kita harus senantiasa membawa Pad Sanitary Avail untuk digunakan semasa kecemasan dan hari-hari ketika memerlukannya. Banyak kegunaan yang perlu digunakan dan harus ada kerana ianya serba guna dan menjimatkan kos ketika anda memerlukannya.
Propolis Avail adalah perlu dibawa supaya cedera cedera ringan dapat dirawat dan ianya kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
No comments:
Post a Comment