Telur Ayam Perlu Di Basuh
TELUR PUNCA MAKANAN KOTOR DAN MEMBAWA PENYAKIT
Telur yang kotor dan masih diselaputi
najis ayam, harus dibasuh dahulu sebelum dipecahkan untuk dimasak ke
dalam makanan.
Najis ayam pada telur yang masuk ke dalam makanan bukan saja membuatkan
makanan kita menjadi tidak halal, tetapi juga mengundang penyakit
keracunan Salmonella.
Begitu juga pastikan telur yang dibeli tidak retak, kerana kuman
Salmonella boleh masuk ke dalam telur dan membiak.
Tanda awal pembiakan
kuman Salmonella dalam telur ialah bau telur yang busuk sebaik
dipecahkan.
Kuman Salmonella membiak dalam usus ayam dan manusia dengan mudah
mendapat jangkitan Salmonella yang menyebabkan keracunan makanan, dengan
memakan makanan yang dicemari dengan najis ayam.
Hal ini telah disahkan oleh Centre for Disease Control and Prevention
(CDC) Amerika Syarikat dalam kenyataannya pada Julai 2010.
http://drzubaidi.com/blog
No comments:
Post a Comment