PENYAKIT jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca
kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal
pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di
Kanada.
Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak
seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini
mengalaminya meskipun pada usia muda.
Sebelum menyenaraikan bahan makanan yang perlu dan tidak sepatutnya
diambil dalam usaha memastikan diet seimbang, beri perhatian pada satu
perkara pastikan jantung sihat dan jantung yang sihat tidak akan dapat
berfungsi dengan baik jika sistem organ lain pula bermasalah.
Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai
keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem
pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian
yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan
keadaan jantung yang sihat.
Pengambilan sayuran yang banyak, selain makanan yang memiliki asid
lemak omega-3 serta vitamin C kompleks dalam diet harian sudah memadai
bagi mengelakkan diri terlantar di hospital.
Berikut beberapa sumber makanan lain yang baik untuk kesihatan jantung, yang bukan saja murah, tapi mudah didapati: