klik atas nuffnang

Saturday, July 13, 2013

cara keluarkan semut sesat di dalam telinga

Assalamualaikum wbt


Tertarik satu article ilmiah dari negara seberang, klikunic.com yang ceritakan cara nak mengeluarkan semut dari dalam telinga kalau semut kot2 tersesat masuk ke dalam telinga kita atau sesiapa saja...bukan apa petua yg rasa mudah dan perlu tahu kenalah share utk semua...insyaAllah berguna kalau terdesak  :)

Caranya mudah saja... keluargaavail cerita summary dari apa yg di baca jer...

* Kalau di rumah, gunakan sumber lampu dan arahkan lubang telinga ke lampu.
* Kalau di luar rumah (siang hari), arahkan lubang telinga ke arah cahaya matahari.
* Kalau di luar rumah (malam hari), arahkan lampu picit kearah lubang telinga atau apa jua sumber cahaya.

Ok kenapa mesti arahkan lubang telinga diarahkan ke cahaya??
Sebenarnya semut ni kalau tersesat dalam gelap ia akan selalu mencari sumber cahaya untuk kembali, maka dengan kaedah di atas akan membantu semuat yang tersesat tadi keluar atau kembali ke pangkal jalan hanya dengan ikut sinar cahaya.
 
tambahan petua orng tua... senggeng kepale/telinga... letak/titis minyak dalam lubang telinga...lepas tu senggeng balik kasi keluar.... jika gi spita doc sembur air....

Moralnya: Keluargaavail harap kita pun sama2 guna pedoman cahaya yang sentiasa bagi petunjuk kpd kita kalau tersesat di dalam gelap...al-quran dan hadis serta sunnah nabi....insyaAllah selamat!!!

Friday, July 12, 2013

Misteri Kentut

Misteri kentut...Assalamualaikum

Normalkan manusia kentut.rasanya binatang juga kentut,tapi belum pernah dengar lagi.Ada tak sesiapa yang tahu mengenai bagaimana kentut terjadi..,itu lah asyik kentut aje.mari kita selongkar misteri kentut.

Ketika kita sibuk menikmati makanan,buka,dan tutup mulut udara juga masuk ke dalam badan dan terus kebahagian pencernaan seperti makanan.Tetapi udara ini akan berkumpul di bahagian usus dahulu,kemudian barulah di bebaskan melalui dubur.Proses ini tidak dapat di kawal atau berlaku secara tidak di ingini.Kalau nak di hitung seseorang akan kentut 14 hingga 25 kali sehari bersamaan 200 mililiter gas di bebaskan.

Itu bab kentut,belum bau lagikan..jangan anggap ini perkara kotor ye.Ini bukan cerita donggeng ye..
Sebenarnya kentut mengandungi 20 hingga 90 peratus gas nitrogen,10 hingga 30 peratus karbon dioksida,0 hingga 50 peratus gas hidrogen dan metana serta 0 hingga 10 peratus oksigen.
Mengapa kentut busuk ye?sebab usus kita terdapat banyak kuman.Fungsi kuman adalah menguraikan atau hancurkan makanan yang tidak tercerna dalam usus kecil.Ketika ini kuman menghasilkan gas hidrogen,karbon dioksida lalu menjadi mentana.Ia juga menyebabkan protein yang di uraikan menjadi sulfida.Makanya,kalau terlalu banyak pengambilan makanan berprotein,tahu-tahu ajelah,kentut yang di bebaskan terlalu sangat busuknya.

Saturday, June 1, 2013

Petua Hilangkan Senggugut

Petua kurangkan senggugut

Petua 1


Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Selamat Mencuba!!!!!! Petua Tok Moyang kita YA

OPPPSS! Amalan Moden Masa Kini Jangan Diabaikan

Petua 6

Gunakanlah FC BIO SANITARY PAD AVAIL berherba+kapas
Keluarga Avail anda pasti rasa kelainannya 100%

InsyaAllah... Semoga kesihatan bersama anda ... amin


Tuesday, May 21, 2013

Info Keputihan

INFO YANG PERLU ANDA BACA

Punca kanser pangkal rahim yang anda tidak sedari jika anda terus dengan ego dan malu anda sendiri. bertindak dari sekarang. jika anda tidak membuang keputihan yang saban hari akan bertambah banyak di dalam faraj anda.

1) Pengambilan jamu untuk ketat semata-mata bukan jalan penyelesaian yang anda boleh duduk tenang.

2) Setakat ketat tapi tidak bersih dan tidak sehat merugikan anda utk spend some cash untuk perkara yang 50% hebat.

3) Pengambilan jamu akan mencairkan kelompok keputihan ini. dan mengambil masa yang lama untuk cair dan keluar sehingga ke pantyliner.

4) Bertindak segera kerana setiap masa lendir akan terhasil dan terkumpul.

5) Just imagine jika tahi hidung yang sentiasa terhasil jika tak membuangnya.

Sila LIKE grup and PAGE FACEBOOK . FACEBOOK


Thursday, May 16, 2013

kanser kolorektal (kanser usus/kolon dan rektum

Kanser kolorektal ialah gabungan dua perkataan iaitu kolon dan rektum - 2 bahagian usus besar.

Kanser yang menyerang usus besar dipanggil kolon manakala kanser rektum berlaku di bahagian hujung usus besar yang berperanan mencerna makanan dan pembuangan sisa.
 
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.

Kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.

Tuesday, April 30, 2013

petua kurangkan sakit masa bersalin

Keluarga Avail nak bagi sikit petua cara nak kurang rasa sakit ketika nak bersalin... OK jom kita tengok petua mengurangkan rasa sakit bersalin...ini cuma petua mengurangkan je tau bukan menghilangkan..sebab setiap wanita yang bersalin akan rasa juga sakit ketika nak bersalin..baru la gugur segala dosa kita...


  1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah 
  3. Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  4. Amalkan baca surah Maryam
  5. Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  6. Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin.
  8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
  9. Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke...
  10. Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. 
  11. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  12. Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  13. Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  14. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  15. Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  16. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  17. Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  18. Baca surah Abasa ayat 20 
  19. Baca surah An Nahl ayat 78
  20. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  21. Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  22. Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi)

share from GK : http://more.sh/dmjsqY

Tuesday, April 23, 2013

hidangan sihat pasti selamat

“Makan kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa yang berkanji dan tinggi karbohidrat, tak boleh ambil banyak makanan manis, tinggi kan­dungan protein dan garam.

“Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati...”

“Jika dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?” Keluhan yang sering ditimbulkan kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

Kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan sehingga mendatangkan tekanan.


Seharusnya panduan pemakanan yang sihat boleh membawa keseronokan kepada pesakit dialisis untuk pengurusan pemakanan dan diet mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang