klik atas nuffnang

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa Bayi Muntah Susu

Muntah: apa yang normal dan apa yang tidak normal


Adakah ia normal jika bayi saya muntah?

Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar. Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis.

Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda muntah – walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan merangsang refleks ini. Jadi bayi anda akan muntah dalam beberapa tahun pertamanya. Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Sunday, February 26, 2012

Elak Gejala Tersedak Susu

SEJAK akhir-akhir ini, kematian bayi akibat tersedak susu atau tercekik makanan semakin banyak dilaporkan. Terbaru, bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis pada 16 Februari lalu.

Walaupun kes ini dianggap terpencil, ibu bapa tidak harus memandang ringan kejadian-kejadian tidak diduga ini.

Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.

"Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru," katanya.

Tuesday, February 21, 2012

SOALAN
Saya ingin mengemukakan persoalan berkaitan dengan masalah yang saya hadapi. Saya seorang lelaki yang berusia 24 tahun. Apa yang menjadi kerisauan saya selama ini adalah saiz dan panjang zakar saya.

Panjangnya kira-kira satu inci sahaja dan berukuran kira-kira empat inci ketika mengalami ketegangan.

Saiznya juga tidak begitu besar. Adakah keadaan tersebut normal jika dibandingkan dengan usia saya sekarang?
Saya risau sekiranya terdapat permasalahan pada zakar saya. Adakah terdapat cara untuk memanjangkannya? Untuk pengetahuan Prof., sebelum ini saya gemar melakukan onani. Apakah perbuatan tersebut menyebabkan keadaan ini? Saya benar-benar buntu dan berharap Prof. mempunyai jawapannya.
n DD, Johor.

JAWAPAN
Mungkin elok kita mulakan dengan mengatakan bahawa saiz zakar saudara masih dikategorikan sebagai normal. Ini mengandaikan saudara membuat pengukuran yang tepat. Pengukuran saiz bukan sahaja melibatkan panjang bahkan lebar zakar itu juga. Pengukuran saiz zakar perlu dilakukan beberapa kali dalam waktu yang berlainan kerana saiznya boleh berubah bergantung kepada masa, cuaca, tahap keghairahan, kekerapan hubungan seks dan beberapa faktor lain lagi.

Kajian berkenaan dengan saiz zakar ini berbeza-beza. Bagaimanapun, secara puratanya adalah antara 12.9-15 sentimeter (5.1-5.9 inci) semasa tegang. Ukuran saiz zakar flaccid atau sewaktu lembik adalah tidak tepat. Pada umur saudara, memang saiz zakar tidak akan meningkat dengan ketara kerana biasanya tumbesaran zakar berlaku antara umur setahun ke lima tahun dan seterusnya lima tahun selepas seseorang itu akil baligh.

Keadaan yang dipanggil micropenis atau saiz zakar yang kecil adalah apabila ia kurang daripada tujuh sentimeter atau tiga inci semasa tegang. Ia boleh disebabkan oleh faktor seperti masalah hormon atau genetik.

Kekerapan beronani sebenarnya tidak ada kaitan dengan saiz zakar walaupun saya banyak berjumpa pesakit yang mengatakan saiz zakar mereka mengecut disebabkan perbuatan tersebut. Ada juga menjadi panik dan merasakan zakar mereka menjadi semakin kecil dari semasa ke semasa tetapi apabila dibuat pemeriksaan ternyata ia tidak benar.

Terapi hormon
Walaupun pelbagai cara termasuk pembedahan boleh dilakukan bagi membesarkan zakar, saya amat jarang menasihatkan pesakit saya mengambil langkah itu. Cuma, jika terbukti ia disebabkan oleh masalah hormon, mungkin terapi hormon adalah sesuai.

Ramai lelaki ingin membesarkan zakar dengan cara-cara yang bahaya. Saya pernah merujuk pesakit yang mengalami zakar yang 'rosak' apabila menyuntik bahan kimia dengan harapan membesarkannya.

Kajian juga menunjukkan memang lelaki akan merasa bangga mempunyai zakar yang panjang dan lebar .

Hakikat sebenarnya kenikmatan hubungan seks tidak memerlukan zakar yang panjang dan lebar kerana tempat-tempat yang paling sensitif bagi wanita, contohnya kelentit berada di bahagian luar faraj sahaja.

Bagaimanapun, bagi mereka yang bermotivasi tinggi boleh mencuba buku exercising the penis karya Aaron Kemmer yang boleh didapati di amazon.com. Ia mungkin berkesan kepada saudara.

Jika saudara masih tidak berpuas hati, buatlah pemeriksaan lanjut dengan doktor di tempat saudara.

Rujukan : Utusan Malaysia

Saranan Keluarga Avail :  I-FOOD / PRO-POLIS / LISSELIFE / MAN PLUS

Sunday, February 19, 2012

cara elak selesema

Seorang lelaki bersin dengan kuat tanpa menggunakan kertas tisu atau sapu tangan bagi menutup hidung walaupun ramai orang di sekelilingnya.

Seorang lagi batuk bertalu-talu, tanpa menutup mulut. Ramai juga kelihatan menjamah makanan tanpa membasuh tangan mereka terlebih dahulu.

Itulah senario yang disaksikan di medan selera di sebuah kompleks membeli-belah di kotaraya.

Seorang pengunjung mengutarakan pandangan gak sinis : “Adakah rakyat Malaysia sudah lupa pada episod tahun 2009 tentang wabak jangkitan selesema disebabkan H1N1 (virus)?"

Virus H1N1 menyebabkan epidemik selesema yang juga dikenali sebagai Influenza A atau ‘selesema babi’ pada tahun berkenaan.

Saturday, February 18, 2012

cara hilangkan kahak / hingus bayi

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka daripada Keluarga Avail, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

hilangkan jangkitan ruam lampin

RUAM lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi.

Walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, namun terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius sekiranya tidak diatasi dengan betul.

Ruam lampin lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan.

Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi.

Masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam di kalangan bayi. Antaranya apabila kulit bayi menyentuh air kencing yang disebabkan oleh pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama.

Ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing , najis bayi terutama yang cair juga penyebab kepada keadaan menjadi ruam.

Najis sebenarnya amat merbahaya kepada kulit bayi kerana ia terhasil daripada makanan bayi dan juga ubat-ubat tertentu yang diberikan kepada mereka.

Punca lain ialah bahan kimia yang terdapat dalam sabun mandian bayi. Bagaimanapun terdapat juga jenis lampin pakai buang yang menyebabkan alergi pada kulit bayi yang sensitif.

Ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul.

Cara Hindari Kencing Malam

KANAK-KANAK YANG SELALU KENCING MALAM


Kanak-kanak yang selalu kencing malam (Eneuretic Children) biasa menimbulkan perasaan runsing kepada ibu bapa jika keadaan ini berterusan pada umur lebih dari enam tahun. Keadaan ini lebih kerap dibawa ke perhatian doktor di negara -negara barat seperti Amerika Syarikat kalau dibandingkan dengan di negara ini.

Mengikut satu kajian yang dijalankan di United Kingdom seramai 70 peratus kanak -kanak didapati tidak lagi kencing malam dan pada umur 10 tahun hanya 5 peratus sahaja kanak -kanak yang masih terus berbuat begini.

Keupayaan menahan diri dari kencing malam sudah tentulah berbeza di antara kanak -kanak itu untuk menahan dari kencing malam dikaitkan dengan kematangan urat sarafnya. Pada usia 18 bulan hingga 30 bulan seseorang kanak -kanak itu akan mula dapat merasai pundi kencingnya penuh dan menyatakan keinginannya untuk membuang air. Dia juga boleh menahan diri dari membuang air . Kematangan urat saraf yang mengawasi fungsi pembuangan air mungkin lambat dicapai oleh setengah -setengah kanak -kanak. Ada ibu bapa yang melatih anak -anak mereka dari awal -awal lagi untuk membuang air dengan bersungguh -sungguh dan berasa gelisah apabila anak mereka lambat menguasai pembuangan air.

Thursday, February 16, 2012

tangani tubuh secara sihat

KULIT kusam, tidak bermaya, kewujudan garis halus pada kulit serta kedutan adalah antara proses alami yang perlu dilalui setiap individu apabila usia makin meningkat.

Namun bagi wanita, proses semula jadi berkenaan sering menjadi sesuatu yang membimbangkan dan ingin dilengahkan selama mungkin yang boleh.

Malah, mereka sanggup melalui pelbagai proses rawatan yang adakalanya bukan saja tidak memberikan kesan yang diingini sebaliknya memudaratkan lagi masalah yang dialami. Ini kerana ia hanya dilakukan bagi merawat faktor luaran saja bukan daripada segi dalaman.

Menurut Pengasas merangkap Pengarah Pusat Integratif Perubatan Arizona, Pusat sains Kesihatan, Universiti Arizona, Dr Andrew Weil, penuaan adalah suatu proses semula jadi yang pasti dilalui dan setiap individu perlu menerimanya dengan terbuka.

Malah katanya, wanita juga perlu menangani proses penuaan terbabit secara sihat dan bukannya mengusutkan fikiran dengan memikirkan sesuatu yang tidak berfaedah hingga memberi kesan kepada kesihatan diri.

Monday, February 13, 2012

Petua Mudah Mengandung

~ Petua Supaya Mudah Mengandung ~

Khusus buat kawan² yang masih belum dikurniakan zuriat...

Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha dengan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian, buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.



Saranan Keluarga Avail : FC Bio Sanitary Pad / i - food / Woman Lobata 

Saturday, February 4, 2012

Keputihan Melampau

Soalan:
Saya seorang wanita yang sudah berkahwin hampir dua tahun tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Dalam tahun kedua perkahwinan, saya mengalami keputihan yang sangat melampau sampaikan berketul-ketul. Pada masa sama, saya selalu berasa sakit yang teramat sangat di bahagian bawah perut sampailah ke pinggang. Selepas bersama suami mesti dia akan tanya kenapa banyak air warna putih berketul-ketul keluar. Saya pun tak tahu apa puncanya. Saya harap doktor dapat membantu.
Terima kasih.
- A, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.

Permasalahan ini kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan), pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks.

Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan.

Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan.
Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana pengambilan ubat perancang kehamilan, menstruasi, semasa hamil, membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini dapat menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan.

Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan ubat antikulat (antijamur). Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan adalah dengan menghindar penggunaan sabun atau parfum pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering dan mengelak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Ubat-ubatan antijamur (dalam nama generik) seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin, ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau digunakan langsung pada bahagian faraj.

Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Pencegahan
Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain kapas.

Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit).

Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.

Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.


Saranan Keluarga Avail :  FC BIO SANITARY PAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang