klik atas nuffnang

Sunday, April 29, 2012

Bagaimana haid terjadi / Apa itu HAID

ADA orang berkata, haid atau datang bulan adalah waktu
‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa
mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap
bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk.
Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan
rahim daripada sperma dan bakteria.

Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan
membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan
perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh
sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan
keturunan.

Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu
akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12
tahun. Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat
datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila
masa antara umur lapan hingga 16 tahun.

Pantang larang ketika haid / penjagaan ketika haid

Ini ada sedikit info juga ttg haid yg keluarga avail kutip buat tatapan para blog...mungkin ada yg dah membacanya...


Gadis biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid:

1. Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah ditumbuhi jerawat besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apalagi dengan tangan yang kotor. Sapukan ubat jerawat bagi menghilangkan kesan parut.

2. Sebaiknya mandi dengan air suam bagi memulihkan kelesuan.

3. Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid. Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan berlakunya keputihan. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah berhenti sebelum waktunya.

4. Hindarkan minuman bergas dan berais.

5. Kurangkan makan makanan yang berbau hanyir seperti ikan masin, udang dan sotong supaya darah tidak berbau hanyir. Pengambilan protein dari kekacang seperti air soya, tauhu atau tempe amat digalakkan.

6. Untuk penyucian dalaman, minumlah jus kunyit yang dicampur air asam jawa dan sedikit gula melaka. Air kunyit menyembuhkan bengkak dan menghindarkan bau hanyir. Asam jawa melancarkan darah. Sukatannya, tumbuk seketul ibu kunyit sebesar ibu jari kaki sendiri. Perah dan ambil patinya. Campurkan dengan sedikit air asam jawa, air suam dan gula melaka (sesedap rasa). Minum sekali sehari.

7. Cuci tuala wanita sampai bersih, bungkus dengan surat khabar lama untuk dibuang. Pakaian dalam yang kotor hendaklah segera dicuci, jangan dibiarkan berendam terlalu lama. Ia merupakan keaiban diri yang perlu dijaga.

8. Sepanjang tempoh ini banyakkan berzikir supaya hati sentiasa tenang, badan cergas dan dijauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini. Amalkan doa:

Segala puji bagi Allah atas tiap-tiap kurnia dan nikmat dan aku meminta ampun kepada Allah daripada tiap-tiap doa

Ikhlas dari Facebook Keluarga Avail

Cara Atasi Haid / Kenali Haid

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Friday, April 13, 2012

Wajah Jelita bertukar Hodoh

Di zaman kampus, Zaiton merupakan antara pelajar jelita dan pandai bergaya. Malah semasa di universiti dia pernah menang peraduan ratu cantik.

Selain memiliki kecantikan semula jadi, Zaiton juga pandai bergaya dan bersolek. Dia sentiasa menjadi rujukan rakan-rakan setiap kali mereka mahu membeli pakaian baru.

Namun pada majlis perjumpaan semula atau reunion baru-baru ini, ramai rakan terkejut melihat perubahan pada Zaiton.

Dia bukan sahaja gemuk, malah mempunyai masalah bentuk badan. Perut besar dan mukanya kembang.

Meskipun dia bersolek untuk menutup masalah kulit, namun tetap dapat dikesan kulitnya yang kasar dan pigmentasi yang bertompok.

Zaiton memberitahu, sudah banyak usaha di lakukan seperti diet, bersenam, mengunjung pusat kecantikan namun semuanya gagal. Dia merasa dirinya hodoh dan sering berasa malu berhadapan dengan orang ramai.

Simptom lain yang dialaminya termasuk kejang otot dan kerap sakit. Zaiton juga mengalami masalah tidur tidak lena dan haid tidak menentu.

Selain itu, dia tidak tahan dengan perubahan cuaca, masalah badan berpeluh dan berbau di samping cepat lenguh, sakit sendi, kebas kaki serta mudah terseliuh. Dia juga sering mengantuk dan rasa cepat bosan.

Thursday, April 5, 2012

Kurangkan Aliran Haid Berlebihan

ADA wanita terpaksa mengehadkan aktiviti harian akibat aliran haid yang berlebihan atau kerap.

Suatu tinjauan global mendapati setiap seorang daripada tiga orang wanita mengalami aliran haid berlebihan daripada kadar purata.

Walaupun kajian mendapati 80 peratus daripada mereka yang mengalami gejala ini menjejaskan aktiviti harian, tetapi hanya 35 peratus sahaja yang mendapatkan bantuan perubatan.

Tinjauan sama turut mendedahkan tiga daripada empat wanita yang didapati mengalami pendarahan haid yang berlebihan 76 peratus menyatakan ia menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian.

Sebanyak 82 peratus pula mengakui ia menjejaskan hubungan dengan pasangan dan 83 peratus mengatakan mengganggu aktiviti sosial.

Pendarahan berlebihan dari aspek perubatan bermaksud kehilangan darah haid melebihi 80 mililiter (ml) pada setiap kitaran haid.

Pendarahan haid berlebihan ini akan memberi tekanan kepada kehidupan wanita kerana ia menjadikan diri mereka sentiasa dalam kebimbangan.

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan, Dr. Suresh Kumarasamy, ramai wanita mengalami masalah tersebut sehingga mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan keyakinan diri.

Namun, ramai yang menanggung masalah itu secara senyap sebab tidak mengetahui perbezaan antara aliran haid biasa dan kehilangan darah haid berlebihan.

Tambah Suresh, cara membantu adalah dengan mengenal pasti keadaan bila mereka perlu menggunakan satu atau lebih tuala wanita setiap jam. Tidur mereka juga terganggu sebab perlu menukar tuala perlindungan pada waktu malam.

Pendarahan haid yang berlebihan adalah punca utama menyebabkan kesihatan wanita terganggu dan menjejaskan kira-kira sembilan hingga 30 peratus reproduktif wanita.


Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang