klik atas nuffnang

Thursday, April 5, 2012

Kurangkan Aliran Haid Berlebihan

ADA wanita terpaksa mengehadkan aktiviti harian akibat aliran haid yang berlebihan atau kerap.

Suatu tinjauan global mendapati setiap seorang daripada tiga orang wanita mengalami aliran haid berlebihan daripada kadar purata.

Walaupun kajian mendapati 80 peratus daripada mereka yang mengalami gejala ini menjejaskan aktiviti harian, tetapi hanya 35 peratus sahaja yang mendapatkan bantuan perubatan.

Tinjauan sama turut mendedahkan tiga daripada empat wanita yang didapati mengalami pendarahan haid yang berlebihan 76 peratus menyatakan ia menjejaskan kehidupan dan aktiviti harian.

Sebanyak 82 peratus pula mengakui ia menjejaskan hubungan dengan pasangan dan 83 peratus mengatakan mengganggu aktiviti sosial.

Pendarahan berlebihan dari aspek perubatan bermaksud kehilangan darah haid melebihi 80 mililiter (ml) pada setiap kitaran haid.

Pendarahan haid berlebihan ini akan memberi tekanan kepada kehidupan wanita kerana ia menjadikan diri mereka sentiasa dalam kebimbangan.

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan, Dr. Suresh Kumarasamy, ramai wanita mengalami masalah tersebut sehingga mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan keyakinan diri.

Namun, ramai yang menanggung masalah itu secara senyap sebab tidak mengetahui perbezaan antara aliran haid biasa dan kehilangan darah haid berlebihan.

Tambah Suresh, cara membantu adalah dengan mengenal pasti keadaan bila mereka perlu menggunakan satu atau lebih tuala wanita setiap jam. Tidur mereka juga terganggu sebab perlu menukar tuala perlindungan pada waktu malam.

Pendarahan haid yang berlebihan adalah punca utama menyebabkan kesihatan wanita terganggu dan menjejaskan kira-kira sembilan hingga 30 peratus reproduktif wanita.


Saranan Keluarga Avail : FC BIO SANITARY PAD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang