‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa
mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap
bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk.
Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan
rahim daripada sperma dan bakteria.
Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan
membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan
perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh
sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan
keturunan.
Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu
akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12
tahun. Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat
datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila
masa antara umur lapan hingga 16 tahun.
Ketika bayi perempuan dilahirkan dia sebenarnya
mempunyai semua telur (dianggarkan antara 450,000
hingga 500,000) yang disimpan dalam ovari. Setiap satu
mempunyai kantung khas dipanggil folikel.
Apabila baligh, badan akan menghasilkan pelbagai jenis
hormon yang mematangkan telur dan inilah permulaan
kitaran haidnya. Folikel yang matang akan menghasilkan
hormon estrogen. Estrogen bertanggungjawab menjadikan
dinding uterus menebal, menyebabkan perubahan mukus
(lendir) serviks.
Ketika haid, satu telur akan dikeluarkan. Ada juga kes
telur dikeluarkan yang membolehkan seseorang wanita
mendapat bayi kembar tidak seiras jika berlaku
persenyawaan. Satu lapisan dinding dalam rahim
(endometrium) akan terbentuk sebagai tempat telur yang
tersenyawa melekat bagi membolehkan kehamilan.
Jika persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, dinding
ini akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid. Inilah
permulaan kitaran haid yang biasanya mengambil masa
seminggu. Bagi wanita Islam, pendarahan yang berlaku
selepas 15 hari tidak lagi dianggap haid, sebaliknya
istihadah (darah penyakit). Kitaran ini akan berulang
setiap bulan (dalam tempoh 28 hari) sehingga semua
telur habis dikeluarkan (menopaus).
Sebaiknya tandakan tarikh permulaan dan tamat haid.
Lakukan beberapa bulan supaya anda boleh membuat satu
carta bagi memastikan tempoh kitaran haid. Ini
membolehkan anda mengesan jika berlaku kelewatan haid
yang mungkin disebabkan penyakit atau kehamilan.
Malah, pakar perubatan juga akan merujuk kepada carta
ini untuk menentukan tarikh kelahiran anak.
Berapa banyak darah yang keluar? Kajian mendapati
wanita hilang antara satu hingga dua auns (suku hingga
tiga suku cawan) yang mengandungi darah (termasuk zat
besi), sel mati dan lendir. Kehilangan zat besi
menyebabkan ramai wanita mudah berasa penat ketika
haid. Ada yang menyarankan supaya wanita mengambil pil
makanan tambahan zat besi untuk mengatasi masalah ini.
Ramai wanita bimbang dengan bau darah haid. Ia
disebabkan aktiviti bakteria faraj terhadap elemen
darah dan ia adalah perkara normal. Justeru, tidak
kira berapa teliti pun seseorang itu menjaga
kebersihan dirinya, bau darah tetap ada.
Bagaimanapun, usah terlalu risau kerana ada banyak
produk tuala wanita yang dapat mengatasi masalah ini.
Lain wanita, lain pengalaman haidnya. Ia boleh berlaku
sebelum (dipanggil sindrom pra haid atau PMS), ketika
dan selepas haid. Antara masalah yang kerap berlaku
termasuk sakit perut (senggugut), sakit kepala dan
belakang badan, kembung, mual, cirit-birit, sakit pada
payu dara, berasa tidak selesa dan perubahan emosi.
Sindrom pra haid termasuk perubahan emosi, sakit
kepala dan keletihan. Ada sesetengah wanita
menginginkan makanan seperti coklat, roti, pastri atau
mi. Ia disebabkan tindak balas insulin terhadap
perubahan hormon yang mengesan kekurangan paras gula
dalam darah. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet
seimbang.
Ada juga wanita mengalami masalah nyeri berkala, iaitu
lebam pada mana-mana bahagian badan tanpa sebarang
sebab. Saintis percaya ia ada kaitan dengan paras
estrogen yang rendah sebelum haid. Estrogen juga
berfungsi untuk menguatkan dinding kapilari (saluran
halus darah) dan kekurangan hormon ini menyebabkan
kapilari menjadi lemah. Akibatnya warna kulit mudah
berubah ketika haid.
Selain itu, sakit perut atau senggugut adalah masalah
paling lazim. Ada dua bentuk senggugut, sama ada sakit
memulas (spasmodik yang disebabkan tindakan
prostaglandin pada otot) atau konjestif (akibat
pengumpulan air dan garam dalam badan).
Untuk mengatasinya, ada penyelidik mencadangkan supaya
makan makanan yang kaya asid linoleik seperti
sayur-sayuran dan ikan untuk merehatkan otot. Bagi
sakit perut konjestif pula, wanita disaran mengelak
mengambil produk susu, kafein dan alkohol.
Selain itu ada beberapa cara boleh dilakukan untuk
mengatasi senggugut, seperti:
- Bersenam. Ia melancarkan aliran darah dan oksigen
terutama pada pelviks.
- Jangan gunakan tampon, sebaliknya gunakan tuala
wanita biasa.
- Elakkan makan daging merah, makanan berlemak dan
susu.
- Makan banyak sayur-sayuran, terutama bagi wanita
yang mengalami masalah sembelit ketika haid.
- Elakkan minuman mengandungi kafein kerana ia
mengetatkan salur darah dan meningkatkan tekanan.
- Urut.
- Minum teh bercampur halia.
- Baring, berehat dan tenangkan fikiran, terutama jika
anda turut mengalami sakit belakang.
- Tuam bahagian perut dengan meletakkan pek panas atau
tuala panas. Ia dapat melegakan kesakitan.
- Ada juga yang mencadangkan minum jus nanas. Ia
mengandungi banyak bromelain iaitu enzim yang
dikatakan boleh merehatkan otot. Selain itu, ia juga
melancarkan pengeluaran darah haid.
Wanita yang mengalami pendarahan hebat diiringi
senggugut teruk (terutama selepas berumur 30 tahun)
disaran menjalani pemeriksaan, bimbang ia disebabkan
kehadiran fibroid atau endometriosis yang menghalang
kehamilan.
Moga sahabats gunekan langkah yang betul..
jangan kerap sangat makan pil..
wallahua'alam.. Ikhlas dari Keluarga Avail..
Layari Facebook Kami
terima kasih ya atas informasi ini
ReplyDeleteThanks ^^ very informative. .
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, saya ada masalah senggugut dan sakit belakang sebelum haid dan sekarang saya dlm kitaran haid. Kebiasaannya darah haid saya akan keluar bnyk pada hari pertama dan saya tidak memiliki sebarang masalah spt senggugut dan sakit belakang. Tetapi bulan ini saya mempunyai masalah spt yg dinyatakan.Adakah saya mengalami PMS?. Utk makluman tuan saya masih Blum berkahwin dan saya tidak mengambil air sejuk semasa makan dan saya selalu bersenam. Saya harap tuan dapat membantu saya. Terima kasih
ReplyDelete