SALAM. Saya kini berumur 35 tahun dan baru
mempunyai dua orang anak. Saya merancang untuk mengandung lagi.
Baru-baru ini saya terbaca tentang tanda-tanda penyakit fibroid yang
hampir sama dengan apa yang saya alami. Saya sering membuang air kecil
dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bolehkah doktor jelaskan lebih
lanjut tentang masalah fibroid. Adakah ia mengganggu kesuburan seorang
wanita? Apakah tanda-tanda dan rawatan penyakit ini?
n
Su, Perak.
JAWAPAN dari Utusan Malaysia :
Fibroid adalah salah satu jenis penyakit yang berkaitan dengan rahim.
Kebiasaannya, fibroid terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30-an
hingga 40-an, iaitu dalam lingkungan usia subur (peringkat reproduktif)
dan akan kembali mengecut (mengecil) apabila seseorang wanita itu sudah
mengalami menopaus atau putus haid.
Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mempunyai gejala atau
tanda-tanda. Hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang mungkin menunjukkan
gejala yang dihadapi bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan fibroid.
Antara gejala yang sering dialami oleh penghidap fibroid adalah
perubahan haid yang banyak, sakit semasa hubungan seks, mungkin kerap
membuang air kecil dan juga air besar, pembesaran dalam rahim dan perut,
keguguran dan infertiliti. Ini adalah kerana fibroid yang membesar
kebiasaannya akan memberikan tekanan pada organ yang berada di sekitar
rahim (uterus), iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum).
Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti
kerap kali hendak kencing, sering kali tidak dapat mengawal kencing atau
kadang-kadang sukar untuk kencing.
Bertakung
Jika hal ini berterusan, air kencing akan
bertakung di dalam pundi kencing dan akan menyebabkan seseorang wanita
itu berisiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini
berlaku, wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika kencing. Apabila
fibroid menekan pada usus pula, ia akan menyebabkan simptom seperti
sembelit atau sukar untuk membuang air besar.
Ada fibroid yang mencetuskan gejala dan ada juga yang berlaku tanpa
sebarang gejala. Gejala wanita mengalami fibroid adalah berdasarkan
lokasi fibroid itu sendiri. Lokasi fibroid akan memberikan gejala kepada
penghidapnya dan sering mempengaruhi gejala yang dialami oleh seseorang
itu dan sesetengah kes, rawatannya berbeza-beza. Ada sesetengah pesakit
yang menghidap fibroid mengalami perdarahan yang berlebihan dan
berpanjangan setiap kali mereka mengalami haid dan kadangkala mereka
juga mungkin mengalami masalah ketidaksuburan atau infertiliti.
Punca
Fibroid antara punca infertiliti dalam kalangan
kaum wanita. Saya akur bahawa perkataan infertiliti sudah cukup untuk
menyalakan api ketakutan bagi pasangan suami isteri yang mengimpikan
cahaya mata lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum mempunyai anak.
Begitu jugalah masalah fibroid dalam kalangan kaum wanita, ia pasti akan
menimbulkan seribu kerisauan dalam hati mereka. Akan tetapi, harus
diingatkan tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami
masalah infertiliti. Jika berlaku, maklumat dan pengetahuan mengenai
permasalahan tersebut dan cara rawatan perlu dicari. Seterusnya,
penghidap hendaklah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat,
menjalani pemeriksaan dan berbincang tentang perawatan yang dapat
ditawarkan.
Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak
boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih
boleh mengandung. Lebih kurang lima peratus daripada penghidap fibroid
terutamanya fibroid jenis submukosa atau fibroid yang besar mempunyai
kesukaran untuk mengandung kerana kehadiran fibroid akan mengubah
dinding rahim dan menyebabkan sukar untuk penempelan janin pada dinding
rahim.
Sukar
Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga
akan menyebabkan salur Fallopio tersumbat sehingga seseorang itu sukar
untuk hamil. Kadang kala ia juga boleh menimbulkan masalah kedudukan
bayi yang tidak normal seperti songsang, melintang atau sebagainya.
Adakalanya fibroid menyekat kelahiran bayi kerana pertumbuhannya terlalu
besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvik.
Tidak semua wanita mengalami gejala seperti disebutkan itu. Fibroid
yang kecil tidak memberikan sebarang gejala dan tidak memerlukan
sebarang rawatan. Akan tetapi, jika seorang wanita mempunyai salah satu
gejala yang telah disebutkan itu, tidak semestinya dia menghidap
fibroid. Saya nasihatkan supaya Puan Su berjumpa doktor dan menjalani
pemeriksaan.
Saranan Keluarga Avail :
FC BIO SANITARY / I-FOOD / PRO-POLIS