klik atas nuffnang

Thursday, August 30, 2012

Kenali punca masalah penghadaman dan tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih

Tahukah anda, kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada apa yang kita makan. Apa yang masuk ke perut anda sudah semestinya melalui usus atau kolon. 
 
Apabila usus atau kolon anda kotor atau tersumbat, anda akan menghadapi masalah penghadaman.

Antara punca masalah penghadaman ialah:

1. Stres (tekanan): Apabila kita mengalami stres, sebagai langkah survival, badan akan mengalihkan tenaga, darah, enzyme dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan.

2. Antibiotik: Pengambilan antibiotik yang terlalu banyak boleh membunuh bakteria baik di dalam sistem penghadaman kita.

3. Diet yang tidak sihat: Makanan yang diproses tidak bagus untuk kesihatan. Ini kerana dalam proses penghasilan makanan ini, segala nutrien dan fiber yang terkandung dalam gula dan karbohidrat akan dibuang.

4. Pemakanan berfiber rendah: Badan kita memerlukan makanan komponen seperti fiber untuk mengeluarkan sisa menerusi usus. Kekurangan fiber boleh mengakibatkan sembelit. Apabila kita mengalami sembelit, sebahagian daripada toksin daripada sisa makanan akan diserap masuk ke saluran darah.

5. Makanan mentah yang tidak mencukupi: Enzyme dalam makanan membantu penghadaman dan ini dihasilkan menerusi makanan mentah. Makanan yang dimasak melebih 116 darjah akan memusnahkan ezyme.

6. Nitrat (yang didapati dalam ikan bakar, jeruk) pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut.

7. Merokok dan alkohol.

8. Tabiat makan: Makanan yang tidak dikunyah dengan baik sebelum ditelan akan menyebabkan perut banyak angin, senak dan kembung. Ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

9. Makan buah bercampur dengan makanan lain: Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzyme yang tinggi. Buah-buahan hanya mengambil masa antara 20-30 minit untuk melalui sistem penghadapi dan untuk nutrien diserapkan. Jika buah-buahan dimakan bersama makanan lain, ia memerlukan masa yang lebih lama untuk dihadam. Buah-buahan itu akan “terperam” dalam proses penghadaman dan mengakibatkan gastrik. Pengambilan protein dengan makanan berkanji seperti pasta dan kentang akan menjadikan sistem penghadaman mengalami stres.

10. Dadah/ubat: Hampir semua dadah/ubat dan kimia tidak elok untuk sistem penghadaman. Banyak ubat yang boleh menjejaskan sistem penghadaman, antaranya pil perancang keluarga, antacids, antihistamines, laxatives, steroid, alkohol dan banyak lagi. Ubat anti-radang seperti aspirin dan acetaminophen boleh merosakkan dinding perut dan menjejaskan penghadaman dan boleh mengakibatkan jangkitan.

11. Penggunaan racun seranga dan racun rumpai.

12. Toxin daripada pencemaran alam sekitar. Kehidupan serba moden mendedahkan kita kepada pencemaran alam sekitar termasuk kimia, radiasi, air yang tercemar, raksa dan logam. Apabila kita terdedah kepada perkara-perkara ini, badan kita secara semulajadi akan bertindak balas untuk menyingkirkannya dan proses ini menggunakan banyak tenaga, lantas mengakibatkan tenaga untuk menghadam berkurangan.

Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


Cadangan Keluarga Avail : I-FOOD / GREEN-FIT / PRO-POLIS

Sunday, July 29, 2012

Berbasikal senaman paling baik

SUKAN berbasikal menjadi pilihan popular di banyak negara maju. Bagaimanapun, berapa baguskah aktiviti itu untuk kesihatan lebih-lebih lagi apabila anda sudah lama tidak bersenam? Adakah renang atau gimnastik yang mempunyai bermacam-macam pergerakan merupakan alternatif yang lebih baik?

Jika dihitung dari segi jumlah kalori yang dibakar, berbasikal belum cukup ideal.

"Kalau membandingkan berlari dengan berbasikal dengan intensiti yang sama tinggi, berlari membakar lebih banyak kalori kerana anda harus memindahkan tenaga secara terus-menerus. Namun, ini seperti membandingkan epal dengan jeruk," kata Prof. Jamie Timmons daripada Universiti Loughborough di Britain.

Hanya membandingkan jumlah kalori yang dibakar untuk menentukan jenis senaman yang anda pilih tetapi mengabaikan kesan menyeluruh senaman itu ke atas tubuh, bukanlah satu pilihan yang bijak.

Tips kekal cantik bulan Ramadhan

MESKIPUN terpaksa menahan lapar dan dahaga pada siang hari sepanjang bulan Ramadan ini, ia bukanlah alasan untuk kamu mengabaikan penampilan diri.

Berikut beberapa tip menarik bagi mengelakkan wajah kusam dan tubuh badan kurang bermaya sewaktu berpuasa. -Keluarga Avail

1 Minum air secukupnya - Jus buah-buahan adalah pilihan yang tepat untuk berbuka puasa kerana kadar gula yang cukup untuk memberikan tenaga segera kepada tubuh. Namun, jangan lupa untuk minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi.

2 Gizi seimbang - Jauhi makanan yang mengandung kadar gula tinggi pada saat sahur, kerana tubuh kamu akan cepat merasa lapar setelah makanan habis dicerna oleh tubuh.

3 Rawatan muka - Bagi mengelakkan muka kelihatan kusam, gunakan masker wajah untuk memberi vitamin pada kulit kamu. Jika kekurangan bajet, kamu boleh membuat masker sendiri dengan menggunakan putih telur.

4 Pelembap - Pada bulan puasa, tubuh akan kekurangan kandungan air sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Oleh itu, gunakan pelembap wajah yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

5 Pelembap bibir - Bibir kering, mengelupas dan pecah adalah masalah yang biasa berlaku pada bulan Ramadan. Jadi, pastikan kamu selalu membawa pelembap bibir ke mana-mana pun. Kamu juga boleh memilih pelembap yang berwarna bagi mengelakkan bibir kamu kelihatan pucat.

6 Losyen badan - Bukan sahaja wajah, kulit badan juga akan mengalami kekeringan akibat kekurangan air. Kamu boleh menggunakan losyen yang mengandungi minyak almond, zaitun atau shea butter untuk melembapkan seluruh badan.

7 Skrub - Jangan lupa skrub wajah dan badan pada bulan puasa ini kerana kulit kering akan menyebabkan lebih banyak sel kulit mati sehingga kulit kelihatan kusam.

Saranan Keluarga Avail : FC SANITARY / I-FOOD / WOMAN LOBATA

Friday, July 27, 2012

Membina MINDA bayi

DR. Medina percaya memahami minda secara sains dapat membantu ibu bapa dan penjaga meningkatkan sosial dan emosi kesihatan kanak-kanak.

“Amat mengkagumkan sekiranya anda sedar perkara yang kecil mampu menjadikan sesuatu perbezaan yang besar.

“Misalnya, pada tahun 1979, pakar psikologi Universiti Washington, Andy Meltzoff terkesima dan kagum apabila bayi yang baru dilahirkan 42 minit memberi tindak balas dengan perlahan-lahan melancarkan bahasanya sendiri.

“Pengalaman yang berulang-ulang ini menunjukkan bayi memiliki keistimewaan untuk mempelajari sesuatu perkara dengan cepat," tambah Dr. Medina.

Monday, July 23, 2012

Gastrik tidak halang puasa

Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga. 

Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Monday, July 16, 2012

kenapa terjadi senggugut

Orang kata kalau nak tahu rasa sakit bersalin, period pain adalah gambarannya. Kalau betul begitu nak tahan sakit senggugut pun kena tahan nafas..apalagi sakit bersalin. Bulan ni yang paling menyakitkan..nak mengiring sakit belakang, nak terlentang sakit pangkal ari-ari, pendek kata tak senang duduk.. Setiap kali kesakitan pastinya badan jadi udang menahan sakit.. paling selesa ketika dituam....dan paling suka dituam dengan air yang baru lepas dijerang....panas dan selesa..

Mari menelaah bersama Keluarga Avail kenapa terjadinya senggugut...atau bahasa kampung 'period pain'

Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kita alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit

Thursday, July 12, 2012

Kelebihan Solat : Rendahkan Kolesterol

IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak.

Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib.

Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan.


"Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang