JABATAN Biokimia Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM) mendapati bahawa sejenis tumbuhan alga berpotensi untuk melawan dan mematikan sel kanser.
Profesornya, Dr Yasmin Anum Mohd Yusof berkata, kajian beliau menunjukkan alga jenis Chlorella Vulguris (CV) boleh mengurangkan pembiakan sel kanser hati, malah dapat mempengaruhi apotosis sel kanser itu.
Menurutnya, sel barah diketahui kerana kemampuannya untuk bercambah dengan cepat dan mempunyai daya tahan kuat untuk melindungi dirinya daripada sebarang bahan ancaman. Ia juga turut mematikan sel-sel sihat dan mengitar semula sel tersebut menjadi sel barah.
"Apa yang menarik, CV boleh memberikan tindakan yang sama tetapi mematikan sel barah serta menukarkannya menjadi sel sihat. Dengan itu, ia mampu mengembalikan sel barah menjadi sel sihat semula seperti rawatan kimoterapi,"






