Namun bagi kanak-kanak yang baru belajar meneroka, ia suatu asas penting untuk tugas lebih rumit ketika membesar seperti menulis, mengemas beg sendiri, memasak serta memandu.
Malah, dunia seolah-olah taman permainan yang mempesonakan kerana pada waktu inilah kanak-kanak mula aktif melakukan pelbagai perkara dan kemahiran motor juga meningkat.
Selain itu, pakar dalam bidang tumbesaran awal kanak-kanak mendapati si kecil yang aktif pada peringkat awal kehidupan mereka biasanya akan kekal aktif sepanjang zaman kanak-kanak sekali gus membentuk asas yang positif hingga dewasa.
Aktiviti fizikal yang kerap dilakukan pada awal zaman kanak-kanak memberikan manfaat jangka masa pendek dan panjang. Untuk membantu perkembangan ini, anak kecil (berusia satu hingga tiga tahun) dan prasekolah (tiga hingga lima tahun) disyorkan menjalani aktiviti aktif sekurang-kurangnya tiga jam sepanjang hari.
Ibu bapa juga perlu menyediakan persekitaran yang selamat dan aman untuk anak seperti:
yang selesa dan seluar lampin seperti Huggies Dry Pants.
- Huggies Dry Pants dengan bahagian tepi yang elastik dan lembut dapat mencegah terjadinya kesan kemerahan pada kulit bayi yang aktif bergerak. Selain itu, ia dapat membantu mencegah ruam lampin dengan 100 peratus lapisan luar beraliran udara dan perlindungan kebocoran sistem ‘Quick-Lock’.
Menurut pakar kanak-kanak, Dr Yong Junina, walaupun naluri ibu bapa
mahu melindungi anak daripada segala bahaya, ibu bapa tidak seharusnya
terlalu melindungi dan menghalang pergerakan serta sifat ingin tahu si
kecil kerana ini akan menjejaskan perkembangan fizikal dan pergerakan
mereka.
Peluang untuk bergerak bebas turut membantu anak menghindari masalah obesiti.
Malah, aktiviti fizikal amat penting untuk perkembangan fizikal dan
psikologi anak oleh itu, pelajari cara memenuhi keperluan anak untuk
bergerak dan meneroka tanpa mengganggu ketenangan minda.
Peluang untuk bergerak bebas turut membantu anak menghindari masalah obesiti.
Saranan Keluarga Avail : I - KIDS
No comments:
Post a Comment