Subang Jaya: Avail Beauty Sdn Bhd melancarkan
AB Series Apple Stem Cell Serum yang dihasilkan daripada ekstrak epal
Uttwiler spatlauber yang menggunakan teknologi perintisan liposome, bagi
memenuhi keperluan pengguna yang semakin tinggi terhadap produk
kecantikan kulit.
Pengasas dan Presidennya Khoo Seng Chan berkata, AB Series produk
yang mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna kerana terjual
20,000 unit walaupun belum dilancarkan.
“AB Series ialah produk
semula jadi, berkesan dan selamat untuk kulit. Gabungan eksklusif bahan
botani yang membantu memudarkan pigmentasi, tompok hitam, mengekalkan
kelembapan kulit serta menangani iritasi menerusi tiga lapisan permukaan
kulit.
“Serum bebas minyak ini mengandungi sel panjang
hayat malah tidak mengandungi bahan kimia selain selamat digunakan ibu
hamil,” katanya pada majlis perasmian produk itu di sini.
Sementara
itu, Pengurus Super Crown Azman Bidin berkata, AB Series produk ke 15
keluaran Avail Sdn Bhd ditubuhkan sejak 9 tahun lalu.
“Fokus kami
kecantikan serta kesihatan dalam dan luar. Produk kami juga mendapat
kelulusan Kementerian Kesihatan dan pengguna tidak perlu meraguinya.
“Dengan harga berpatutan serta kualiti ditawarkan, kami yakin
pengguna berpuas hati dan dapat merasai perbezaannya dalam masa tujuh
hari,” katanya.
Dapatkan Sekarang !!
Hubungi :
Naim : 0199823405
Zuriana : 0179682181
keluargaavail@gmail.com
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29 on HMetro