Tahukah anda bahawa ada ekosistem lain
yang wujud di tempat tidur? Mungkin ramai yang tidak
menghiraukannya…tapi percayalah, sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu,
mikroskopik, kulat dan juga kuman yang setia menjadi teman tidur anda
selama ini. Mungkin anda je yang tak perasan kut…
Secara tak langsung anda sendirilah yang
menjadi ‘tuan’ nya. Mikro organisma ini akan terus hidup dengan
‘bekalan’ kulit mati dan peluh yang dikeluarkan oleh manusia.
Hmm…bayangkanlah kalau dicampurkan lagi dengan air liur basi yang
meleleh dan ‘benda-benda’ lain, dah tentu lagi ‘kronik’ tempat tidur
anda itu.
Jangan memandang remeh terhadap perkara
ini sebab ia boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Antaranya ialah
penyakit kulit seperti gatal-gatal, masalah jerawat yang tak
berkesudahan dan juga kelemumur. Selain itu, ia juga mampu memberi kesan
yang lebih buruk kepada penyakit TB, asma, depresi, insomnia dan
sinusitis.
Jadi, bagi
memastikan semua ini dapat dielakkan, anda hendaklah pastikan tempat
tidur anda sentiasa bersih. Ikutilah tip di bawah ini:-
- Cadar dan sarung bantal.
Orang bujang terutama lelaki, biasanya
setahun sekali baru nak ‘proses’ tempat tidur. Dari awal tahun sampailah
hujung tahun, cadar dan sarung bantal yang sama je dipakai. Janganlah
macam tu bro…sediakanlah dua atau tiga pasang supaya boleh diganti dua
minggu sekali.
Kalau nak basuh cadar dan sarung bantal
tu, gunakanlah air panas untuk mematikan kuman dan pastikan ia
benar-benar kering untuk digunakan semula. Nak senang, hantar je dobi.
- Fabrik di tempat tidur.
Ini pun perlu diberi perhatian, Kalau
boleh pilihlah fabrik dari kain lembut dan nipis supaya kotoran kurang
terperangkap. Warna pun main peranan, pilihlah warna yang agak cerah
supaya kotoran itu dapat dikenal pasti. Kalau pakai warna gelap, kita
tidak tahu apa yang terselindung di sebaliknya.
- Mandi sebelum tidur.
Janganlah mengamalkan habis main bola
atau baru balik dari kerja, terus menuju ke tempat tidur. Kalau boleh
bersihkan dahulu badan, keringkan dan barulah boleh berbaring di atas
tilam kesayangan anda itu.
- Elakkan pemakaian penjagaan diri.
Jangan memakai bedak sejuk, minyak wangi
atau apa saja sewaktu hendak masuk tidur. Ia boleh menambahkan lagi
masalah di tempat tidur anda. Kalau perlu, pakailah sebelum waktu masuk
tidur.
- Sentiasa mengemaskan tempat tidur anda.
Ini dapat menghindarkan daripada hama berselindung di sebalik selimut atau bantal yang dibiarkan berselerak.
- Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup.
Ianya bagi mengelakkan debu atau habuk masuk berlebihan ke dalam kamar anda.
- Hindarkan orang lain terutamanya yang berpenyakit kulit berbaring di atas tilam anda.
Jika perkara ini dibiarkan, anda
berisiko dijangkiti penyakit yang sama. Segera tukarkan cadar dan sarung
bantal anda sekiranya ini berlaku.
Keluarga Avail : Akhir sekali, sekiranya kita bijak
menguruskan kebersihan diri termasuk tempat tidur kita, maka sudah
semestinya simptom-simptom penyakit telah awal-awal lagi kita jauhi.
Ingatlah, badan yang sihat melahirkan minda yang cerdas.
Rakyat yang
sihat menjadikan negara maju dan terbilang.
Sekian untuk kita sama-sama renungkan…
No comments:
Post a Comment