klik atas nuffnang

Monday, October 22, 2012

tahap kesedaran penyakit barah payudara masih rendah

Tahap kesedaran bahaya penyakit barah payudara dalam kalangan masyarakat termasuk mereka yang berpendidikan tinggi masih rendah sehingga mereka mengetepikan kaedah rawatan moden di hospital.

Pakar Perunding Bedah Payudara & Endokrin, Ketua Jabatan Bedah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Hussain Mohamad berkata, ramai pesakit yang dikesan tidak mendapat keizinan suami atau ditegah keluarga daripada berbuat demikian.

"Mereka beralih kepada rawatan alternatif (tradisional) yang tidak efektif dalam keadaan sudah terlewat kerana tidak mendapat rawatan yang betul," ujarnya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Kempen Kesedaran Barah Payudara peringkat negeri di Dewan Besar Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT).

Hadir sama, pakar bedah dan juga merangkap Pengerusi Kempen Kesedaran Barah Payudara 2012, Dr. Suraya Baharudin.


Katanya, barah payudara masih merupakan penyakit barah tertinggi yang dihadapi oleh wanita dan berdasarkan statistik rekod kanser di negara ini pada 2003, kadar kematian akibat kanser payudara adalah 31%, pangkal rahim 13% dan kanser kolorektal 10% dan selebihnya penyakit-penyakit lain.

Pada 2008, kanser payudara meningkat kepada 43%, pangkal rahim 13% dan kanser kolorektal 14%.

"Ini amat menyedihkan kerana kebanyakan pesakit kita didiagnosiskan dengan barah ini setelah berada pada peringkat ketiga atau keempat (tahap akhir) atau 50% dari jumlah pesakit,"

"Secara keseluruhan wanita di negara ini mempunyai risiko 1:20 untuk mendapat kanser ini di sepanjang hayat mereka berbanding di negara Eropah 1:8."

"Risiko meningkat 2x ganda jika seseorang itu mempunyai ibu atau adik-beradik yang mengidap penyakit kanser, iaitu 1:10. Namun risiko meningkat 5x ganda jika ibu dan adik-beradik perempuan mengidap penyakit atau dua adik-beradik perempuan telah mengedap penyakit kanser 1:4."

"Mereka yang paling tinggi berisiko pengidap penyakit tersebut adalah kumpulan berumur 40-49 tahun dan 50-59 tahun. Mereka yang bersalin anak pertama melebihi usia 35 tahun dan juga mereka yang tidak pernah bersalin juga turut berisiko kecil,"

Menurutnya, pesakit yang telah disahkan mengalami kanser pada salah satu payudaranya mempunyai risiko yang tinggi terkena jangkitan yang sama.

Harapan Dr. Hussain, "melalui kempen ini dapat menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pengesanan awal serta mendapatkan rawatan yang betul,"


Keluarga Avail : Cegah sebelum terlambat, sayangi diri dan keluarga anda.

1 comment:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul... atau boleh ke blog sya ubatkanserb17.blogspot.com...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah nuffnang

Di Taja Oleh