Amenorea bermaksud tidak datang haid ( menstruasi)) Ia juga dikenali sebagai ovari tidak mengeluarkan telur ( anovulation).
Dalam kebanyakan kes, ia berlaku di kalangan remaja perempuan sebelum dewasa atau semasa mengandung, ibu menyusukan bayi atau menopaus, ini adalah normal dan dipanggil Amenorea secara fisiologikal.
Oligomenorea adalah keadaan merujuk kepada haid yang tidak tetap, biasanya 3 atau 6 bulan sekali dan berpanjangan.
Amenorea primer ialah kegagalan menstabilkan kedatangan haid. Ia dikategorikan sebagai tidak normal, jika remaja perempuan tiada perkembangan fizikal secara seksual pada usia 14 tahun, atau remaja yang normal perkembangan fizikal dan seksualnya tetapi tidak datang haidnya pada umur 16 tahun. Amenorea primer hanya berlaku kepada kira-kira 3 remaja dalam per 1000.
Amenorea sekunder didenifisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder juga menandakan gangguan pada sakit atau akibat yang umum.
Tanda dan Gejala
Banyak penyebab kemungkinan berlaku. Termasuklah:
- Senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan - atlet.
- Kurang berat badan yang teruk - hasil pemakanan yang tidak sempurna (berat dalam KG dibahagi dengan ketinggian dalam M²) kurang daripada 19 (kadar normal adalah 20 hingga 25 kg/m².
- Tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi
- Gangguan kepada ovari untuk mengeluarkan telur
- Pengambilan pelbagai jenis ubatan
- Kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga
- Sindrom Polisistik ovari iaitu keadaan terdapatnya multilple cysts pada ovari, mandul, obesiti dan gangguan hormon.
- Penyakit yang lama dihidapi, atau aktiviti kelenjar tiroid yang kurang atau lebih
- Hormon yang mengawal ovulasi dan haid yang dikeluarkan oleh kelenjar hypothalamus pada paras luarbiasa (yang seterusnya mengawal kelenjar pituitary).
Sebab lain amenorea termasuk:
- Tiada vagina atau rahim atau keduanya semasa lahir
- selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya
Diagnosa
Ia bergantung kepada keadaan dan sebab berlaku. Bergantung kepada umur dan sejarah, selalunya ujian semasa hamil adalah langkah pertama yang perlu diambil sebelum meneruskan dengan penyiasatan yang lain.
Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga , pekerjaan dan sejarah aktiviti, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas. Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti paras pelbagai hormon. Ujian Fungsi tiroid mungkin diambil. Analisis koromosom perlu jika terdapat kesangsian jantina. Ultrasound, tomografi berkomputer (CT Scan) atau imbasan MRI akan menunjukkan sebarang keabnormalan alat kelamin.
Rawatan akan bergantung kepada penyebab berlakunya Amenorea.
- Amenorea berkaitan dengan senaman akan bertindakbalas kepada pengubahsuaian program senaman itu sendiri dan dengan memberi perhatian kepada pengambilan diet dan penjagaan berat badan.
- Amenorea yang berkaitan dengan berat badan perlu diuruskan untuk mendapatkan berat yang normal dan bantuan pskiatrik mungkin diperlukan bagi mengatasi masalah gangguan emosi..
- Dalam kes di mana organ genital tidak terbentuk dengan sempurna , mungkin pembedahan di perlukan
- Bagi kes sindrom Polisistik ovari tindakbalas boleh berlaku dengan penurunan berat badan dan sekarang insulin-sensitising agen seperti metformin digunakan. Kekurangan hormon tiriod boleh dirawat dengan menggunakan hormon (thyroxine). Selaput dara yang menutup vagina keseluruhannya memerlukan pembedahan.
No comments:
Post a Comment